Dipercayai Syak Pasangan Curang, Wanita Dilapor Potong Alat Sulit Teman Lelaki 52 Tahun Dan ‘Flush’ Dalam Tandas

Seorang wanita berusia 40 tahun di Taiwan, yang berasal daripada Vietnam, didakwa telah memotong alat sulit teman lelakinya ketika dia sedang tidur dan membuangnya ke dalam tandas, kerana dia disyaki curang, lapor Mothership.

Menurut ETtoday, kejadian tersebut berlaku pada 30 Mac sekitar jam 11 malam di Changhua, Taiwan.

Lelaki yang berusia 52 tahun itu didakwa mengetahui bahawa kekasihnya telah melakukan perbuatan itu ketika dia bangun dari tidur, sambil kesakitan di sekitar kawasan kemaluannya.

Teman wanitanya itu kemudian dilaporkan telah menyerahkan dirinya kepada pihak polis.

ETtoday melaporkan bahawa teman wanita lelaki tersebut telah menggunakan sepasang gunting bagi melakukan perbuatan itu semasa dia sedang tidur.

Ketika polis dan paramedik tiba di tempat kejadian dan bertanyakan tentang alat sulit tersebut, teman wanita kepada lelaki itu menjawab bahawa dia telah membuangkannya ke dalam tandas.

Sepasang selipar yang dipenuhi darah dilaporkan dijumpai di luar rumah.

Lelaki tersebut kemudiannya menyatakan bahawa dia telah ‘pengsan’ selepas menjamah mi ayam wain Huadiao.

Wain memasak Huadiao adalah wain memasak Cina yang mengandungi sekitar 16 peratus alkohol di dalamnya.

Polis juga sedang menyiasat berkenaan adakah teman wanita lelaki tersebut telah mencemari makanannya.

Dia hanya menyedari apa yang telah berlaku kepadanya selepas dia bangun sambil berasa kesakitan. Lelaki tersebut kemudiannya terus digegaskan ke hospital tempatan, berada dalam keadaan sedar walaupun kehilangan banyak darah.

Menurut Apple Daily, jurucakap hospital menyatakan bahawa doktor telah segera melakukan pembedahan untuk menghentikan pendarahan dan memperbaiki uretranya.

Keadaan lelaki tersebut dilaporkan tidak berada dalam bahaya namun begitu, alat sulitnya kini hanya tinggal sekitar 20 peratus iaitu kira-kira 1.5cm.

Alat sulitnya dilaporkan tidak dapat dijumpai dan dipasang kembali.

Apple Daily juga melaporkan bahawa teman wanita lelaki itu memberitahu polis bahawa dia mengakui bahawa dia yang melakukan perbuatan tersebut dan menyesali tindakannya itu.

Siasatan polis dilaporkan masih sedang dijalankan.

Sumber: Mothership

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *