Kuasa Allah, Masjid Dilapor Hangus Terbakar, Tetapi Rak Berisi Al-Quran ‘Terselamat’ Dari Dijilat Api

Biasanya kalau berlaku kebakaran, sudah tentulah benda atau orang yang menjadi mangsa akan terbakar sekali. Kadang-kadang hangus, adakalanya juga masih ada yang terselamat.

Secara semulajadinya, kebakaran akan mengakibatkan sesuatu benda atau seseorang mangsa itu musnah. Namun bagi hal-hal tertentu yang ‘di luar jangkaan’ kita sebagai manusia, sememangnya kuasa Allah itu terbukti lebih besar.

Baru-baru ini berlaku satu tragedi kebakaran dipercayai melibatkan sebuah masjid di Cianjur, wilayah Jawa Barat di negara jiran kita, Indonesia.

Bagaimanapun seperti yang dikatakan tadi, berlaku juga sesuatu ‘keajaiban’ yang terjadi di Masjid Umar Bin Khattab itu dengan kekuasaan dan keizinan-Nya, tanpa kita terfikir, tanpa kita sedari.

Mukjizat nabi terselamat dari dimakan api
Memetik sumber laporan media Indonesia, dikatakan hampir keseluruhan struktur bangunan masjid itu hangus dan musnah dijilat api. Mungkin kebakaran itu agak marak, maka ‘begitulah’ kejadiannya.

Namun apa yang menjentik akal seorang saksi kejadian itu, dia mendakwa hanya satu sahaja ‘benda’ yang masih terselamat elok tanpa hangus sedikit pun..tidak lain tidak bukan ianya kitab suci Al-Quran!

Saksi, Asep Muhidin, 45 tahun berkata, segalanya bermula apabila dia ternampak masjid itu terbakar sewaktu dalam perjalanan pulang ke Campaka, malah dia turut berniat untuk membantu memadam kebakaran tersebut.

Tapi kuasa Allah Maha Besar, matanya ‘tergerak’ untuk melihat ke arah satu sudut dalam masjid itu di mana terletaknya ruangan susunan kitab suci itu.

“Sesudah kebakaran itu padam, saya terlihat sebuah rak kayu berisi Al-Quran tidak hangus terbakar, sedangkan yang lainnya sudah menjadi arang,” katanya, memetik laporan tersebut.

Sementara itu, terdapat beberapa ahli jemaah di masjid itu terlebih dahulu menyedari ‘kemunculan’ api marak berkenaan ketika sedang menjamah hidangan di kantin, sebelum bertempiaran lari menyelamatkan diri dan meminta pertolongan.

Mungkin berlaku litar pintas elektrik
Dalam pada itu, pihak polis kini masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran. Ketua Balai Polis Cibeber Kompol, Bambang Kristiono mengesahkan kejadian itu.

“Berkemungkinan punca masalah yang dikenal pasti setakat ini adalah daripada litar pintas elektrik, tapi nanti ada petugas khas yang akan menyiasat punca kebakaran,” katanya.

Mungkin daripada mata kasar, kita hanya nampak kitab Al-Quran itu terselamat semata-mata, namun di jauh di sudut ‘alami’, mungkin inilah yang dikatakan..keajaiban kuasa Allah itu memang wujud di mana-mana.

Mukjizat teragung yang diturunkan kepada nabi tercinta kita Rasulullah SAW itu terselamat daripada dimakan api. Kerana itulah, kita dituntut untuk sentiasa membaca dan mengamalkannya.

Barangkali, jika hari ini kita sentiasa berdamping dengan kitab suci ini, mungkin hari esok di ‘sana’ nanti, kita pula yang terselamat daripada dijilat api neraka. Semoga Allah menjaga dan mengampuni kita.

Sumber : suarabogor.id , siakap keli

JANGAN LUPA HABIS BACA ARTICLES INI SILA SHARE DAN LIKE

Follow page ini TERIMA KASIH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *