“Bakal Pegvam ‘Bersanding’ Sendirian.” Ada Kata Nik4h Bvnian

KEWUJUDAN alam bunian sememangnya mencetuskan misteri membingungkan buat masyarakat di negara ini, lantaran dunia mistik itu didakwa wujud tetapi terselindung di sebalik pandangan manusia biasa.

Misteri dunia bunian hanya terbongkar dan diketahui umum selepas segelintir pihak mendakwa berjaya melangkah memasuki dimensi alam ghaib itu menerusi beberapa siri kejadian aneh dan mistik.

Lalu pelbagai cerita mengenai pengembaraan pihak itu ke alam bunian mula tersebar sejak zaman silam hingga ke generasi sekarang menyebabkan ramai penduduk meyakini bahawa dunia paranormal itu sememangnya wujud.Tapi lain pula kisahnya yang berlaku kepada lelaki ini

GAMBAR seorang lelaki berbaju Melayu kuning, lengkap dengan songkok dan samping yang sedang bersanding sendirian atas pelamin ternyata mencuri perhatian netizen.

Selepas dikongsi ke laman Twitter, gambar Muhammad Muzaffar Mohd Yazid, 22, turut ditularkan oleh individu lain ke laman Facebook dan Instagram sehingga menjadi tular.

Mesra disapa Muzaffar, dia mengakui dihujani pelbagai spekulasi, tak kurang juga andaian-andaian tidak masuk akal hanya kerana gambarnya yang bersanding sendirian.

“Ada yang tinggalkan komen kata saya bersanding dengan bunian. Ada juga yang tumpang simpati kerana menyangka pengantin perempuan meninggal dunia.

“Saya pada mulanya sekadar kongsi gambar di Twitter. Kemudian ada yang sebarkan di Facebook dan Instagram, habis bertebaran sehingga dimaklumkan oleh kawan-kawan dan saudara mara.

“Ada juga gambar yang saya bersalam sendirian, mereka kata saya sedang jinakkan ular.Tapi saya anggap sebagai jenaka, saya tak ambil hati. Saya terhibur baca semua komen.
Foto dikongsi menimbulkan pelbagai andaian dalam kalangan netizen.

“Cuma terkejut tiba-tiba masuk banyak notification.Biasalah, orang single biasanya tak banyak notification di telefon mereka,” ujarnya berseloroh ketika dihubungi mStar.

Menjelaskan hal sebenar, Muzaffar yang juga pelajar bidang Undang-Undang di Univeriti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor, bertugas sebagai pengacara di majlis itu.

Tambahnya, dia sekadar bergambar kenang-kenangan di pelamin sebelum majlis bermula dan sama sekali tidak menyangka ia akan tular sehingga dikongsi ribuan pengguna media sosial.

Jika dijemput mengacara mana-mana majlis selepas ini, saya tak menolak rezeki.

“Ia sebenarnya majlis perkahwinan anak kepada pensyarah saya. Saya bertugas sebagai pengacara majlis dengan seorang lagi rakan.

“Pagi tu saya datang awal, saya ambil gambar sementara tiada orang. Ianya secara spontan, saya pun tak tahu nak pose macam mana.

“Kalau ada orang, memang saya tak akan bergambar macam tu,” ujarnya lagi.
Muzaffar mula menjadi pengacara sejak di bangku sekolah lagi.

Tambah Muzaffar, majlis itu berlangsung di Bangi Resort Hotel pada Ahad lalu.
Bercerita mengenai dirinya, Muzaffar yang juga Pesiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang (Perundang) UKM sudah terbiasa menjadi pengacara sejak zaman sekolah lagi.

Bercita-cita menjadi peguam, Muzaffar juga tidak menolak rezeki seandainya menerima tawaran untuk mengemudi mana-mana majlis atau acara, jika berkesempatan.

Muzaffar merupakan Pesiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-Undang (Perundang) UKM.

“Saya sangat meminati pengacara Ahmad Fedtri Yahya. Saya kagum dengan laras bahasa yang digunakan beliau. Minat mengacara saya dipupuk sejak zaman sekolah rendah sebenarnya.

“Saya juga seorang pengawas. Jadi naik pentas untuk bertugas sewaktu perhimpunan tu satu perkara biasa. Kalau ada apa-apa program, saya memang akan libatkan diri untuk jaga protokol atau jadi pengacara.

“Jika dijemput mengacara mana-mana majlis selepas ini, saya tak menolak rezeki. Bila mengacara, terbit satu rasa puas. Ia bagaikan terapi untuk saya,” ujarnya lagi.

Kredit : MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *