(Video) Mungkin Teringin Nak Rasa “Aircond”, Kucing Ini Selamba Tidur Menirap Dalam Butik

Dengan aura kecomelannya yang luar biasa, kucing akan sentiasa menjadi perhatian ramai, tak kira di mana saja ia berada.

Pelik juga, duduk bersantai dan tak buat apa-apa pun akan tetap nampak comel.

Tapi itulah, kadang-kadang ‘geram’ juga tengok aksi kucing yang memang jenis buat ‘dek’ je walaupun masuk di kawasan ‘larangan’ sekalipun.

Sama dengan kucing ini, ia dilihat sedang bersantai dan berbaring di dalam sebuah butik pakaian.

Video :

Mungkin terlalu panas dan nak rasa aircond, ia dilihat sangat selesa hingga tidak hiraukan si perakam yang berada di situ.

Ramai yang terhibur dengan ‘keyakinannya’ duduk bersantai di laluan orang ramai tanpa risau apa-apa.

Pun begitu, tak dapat dipastikan kucing itu datang dari mana atau adakah ia milik tauke butik itu.

Sumber: Osazeme Usen , siakap keli

JANGAN LUPA HABIS BACA ARTICLES INI SILA SHARE DAN LIKE

Follow page ini TERIMA KASIH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *