“(Video)” Satu dalam sejuta. Wanita berani tangkap tikus hanya berlapikkan kain buat netizen kagum

Tikus adalah vektor yang sering menjadi pembawa banyak jenis penyakit yang bakal memberi kesan kepada hidupan lain khususnya manusia.

Oleh itu, atas faktor kesihatan dan kebersihan, kita perlulah bersama-sama mengawal pembiakan haiwan ini di mana-mana sahaja.

Seperti apa yang berlaku menerusi satu video yang mendapat perhatian pengguna di Twitter baru-baru ini

Video :

Pergerakan tikus yang agak laju membuatkan ramai di antara kita terutamanya golongan wanita berasa tidak berani untuk mengambil dan membuangnya.

Namun ia tidak berlaku pada wanita hebat ini, di mana dia dengan santainya menunggu tikus yang dihalau oleh rakannya bergerak menghampirinya pada dinding.

Dengan sekali pergerakan, wanita itu berjaya menangkap tikus tersebut dengan hanya menggunakan kain sahaja. Tiada perangkap mahupun alatan khas lain. Hebat bukan?

Tindakannya yang berani itu ternyata mengundang pujian ramai, antaranya

Ruang Komen:

Menurut wira yang berani itu, tikus tersebut diam sahaja tatkala digenggam. Barangkali sedang merenung nasibnya selepas itu.

“Berkaca pula saya tengok matanya. Pandai betul dia (tikus) buat muka kasihan”, ujarnya. Wanita itu turut berterima kasih kepada kucingnya.

Ini kerana kucingnya kerap membawa pulang bangkai tikus membuatkan dia berasa lali dan tidak takut akan haiwan berkenaan.

sumber : anthraxxxx

JANGAN LUPA HABIS BACA ARTICLES INI SILA SHARE DAN LIKE

Follow page ini TERIMA KASIH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *