“(Video)” Tak Perlu Cuci Selalu, Ini Cara Mudah Nak Elak Habuk Cepat Melekat Pada Kipas

Hari demi hari, habuk pada kipas semakin menebal. Keadaan ini membuatkan kipas semakin perlahan dan kurang efisien. Tidak kira kipas dinding atau kipas siling, kedua-duanya tidak terlepas daripada menjadi lokasi pengumpulan habuk biarpun bilahnya sentiasa bergerak.

Biarpun nampak mudah, kerja membersihkan bilah kipas agak mencabar. Boleh lenguh badan mendongak bagi membersihkan beberapa buah kipas siling di dalam rumah. Bagi kipas berdiri pula, perlu tanggalkan komponennya satu persatu sebelum dicuci.

Justeru, adalah lebih mudah jika kita dapat mengurangkan kekerapan mencuci dengan melambatkan pengumpulan habuk. Bagaimana?

Anda hanya perlukan tiga bahan sahaja. Melalui perkongsian MySumber, anda hanya perlu mencampurkan cuka, cecair pelembut fabrik dan sedikit air untuk disembur pada bilah kipas. Campuran ini dipercayai dapat membuatkan ia bebas habuk dengan lebih lama. Jom tonton caranya di bawah.

@mysumberTips Nak Elak Kipas Cepat Berhabuk #tips #petua #malaysiatiktok #malaysia #tiktoker #foryourepage #fyp #mysumber #foryoupage

♬ Celebrate the Good Times – Mason

Sumber: MySumber , siakap keli

JANGAN LUPA HABIS BACA ARTICLES INI SILA SHARE DAN LIKE

Follow page ini TERIMA KASIH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *