Macam “Snow White”, Gadis Dilapor Tertidur & Tak Bangun-bangun Selama 7 Hari

Seorang gadis dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia, dilaporkan telah tertidur dan tidak bangun selama tujuh hari.

Menurut Kompas.com, gadis yang merupakan seorang pelajar berusia 16 tahun itu disyaki menghidap sindrom ‘snow white’.

Bapa gadis itu mendakwa bahawa anaknya sering tidur nyenyak selama berhari-hari.

“Kami benar-benar mengesyaki dia menghidap sindrom itu, sekiranya dia tidur, ia boleh memakan masa selama berhari-hari,” katanya.

Bimbang dengan keadaan itu, gadis itu telah dibawa ke hospital untuk diperiksa.

Dia didiagnosis menghidap epilepsi iaitu gangguan pada sistem saraf pusat (neurologi) di mana aktiviti otak menjadi tidak normal, menyebabkan kekejangan dan kadang-kadang hilang kesedaran.

Selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital, ibu bapanya membuat keputusan untuk membawanya pulang ke rumah.

Tetapi keadaannya tetap saja sama, masih lagi nyenyak tidur tanpa bangun untuk seminit sekalipun.

Gadis itu juga terpaksa dibangunkan jika hendak disuap makan dan minum, itupun dalam keadaan lemah kerana terlalu mengantuk.

Dia dikatakan mengalami masalah itu sejak berusia 13 tahun.

Sumber: Kompas.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *