Tiada Tempat Duduk, Isteri ‘Selamba’ Makan Tepi Jalan Tunggu Suami Shopping

Tak lama lagi musim perayaan bakal tiba, dan pastinya ramai tak sabar shopping segala macam persiapan lebih-lebih lagi bila ada banyak produk ditawarkan pada harga rendah. Malah tak dinafikan, ada bermacam-macam ragam manusia yang boleh kita lihat apabila bertandang ke pusat membeli-belah.

Selalu suami tunggu isteri shopping tak ingat dunia…tapi kali ini terbalik

Selalunya apabila isteri ajak keluar shopping, pasti kebanyakan suami sudah mula gelengkan kepala. Mana tidaknya, lama tempoh nak tunggu golongan wanita ini membelek barang hingga ramai yang tersidai di kawasan tangga atau ‘kerusi ajaib’ disediakan. Namun berbeza pula dengan pasangan suami isteri yang jadi tumpuan di TikTok baru-baru ini.

Tiada tempat duduk…Isteri limited edition syok makan sambil tunggu suami shopping

Menerusi video yang dirakam oleh saudara Muhammad Asyraf ini, gelagat isterinya pula yang mencuri perhatian ramai sewaktu menunggu dirinya sedang membeli-belah. Gara-gara tiada tempat untuk duduk, wanita itu selamba makan bersandarkan sebuah penghadang kaca. Dengan nada berseloroh, pemuda ini menyifatkan pasangannya itu sebagai wanita ‘limited edition‘ kerana sabar menunggu selesai shopping.

Perempuan kan…yang penting ada makanan di sisi

Selain terhibur menyaksikan gelagat spontan wanita itu, rata-rata netizen berseloroh para isteri memang tak kisah menunggu lama asal diberi makan. Secara keseluruhan, video itu telah meraih lebih 3 juta views setakat ini.

Sumber: TikTok ash.rafz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *