Video – Warga emas jadi pengantin, penampilan segak macam gambar wang kertas

Tak salah rasanya jika kita tetap meraikan perkahwinan dengan sambutan yang agak meriah walaupun perkahwinan tersebut bukanlah kali pertama.

Pengantian warga emas

Menerusi perkongsian satu akaun TikTok milik seorang pengguna dikenali sebagai @zesszdi, dia telah memuat naik video seorang warga emas segak berbusana pengantin sedang diarak menuju ke majlis selepas turun dari kereta

Tahniah pakcik, semoga terus bahagia

Apa yang menarik perhatian warganet sudah tentu penampilan pengantin tersebut yang disamakan seperti wajah yang tertera di kepala wang kertas iaitu Yang di-Pertuan Agong Pertama Malaysia Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad.

Teringat duit kertas

Macam duit kertas RM100

Pakcik ni dah kahwin aku entah bila

Perkara tersebut menjadi antara komen yang paling banyak ditinggalkan diruangan TikTok @zesszdi kerana cara pemakaian dan penampilan pengantin warga emas itu mirip dengan wajah di wang kertas Malaysia.

Walau bagaimanapun, warganet turut sama mendoakan kebahagian pasangan pengantin itu agar terus bahagia hingga ke akhir usia.

Sumber: ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *