Makcik pergi terawih naik skateboard, “Mau kne baling ngan selipar…”

Solat terawih berjemaah di masjid adalah salah satu ibadah sunat yang dituntut dalam bulan Ramadan.

Setelah terpaksa meninggalkan solat Terawih sepanjang Ramadan lepas, ramai yang bersemangat untuk melakukan ibadat itu pada Ramadan kali ini, walaupun dengan PKP yang masih berlangsung di seluruh negara jumlah jemaah yang dibenarkan menyertai solat berjemaah adalah bergantung kepada keluasan masjid.

Tidak ketinggalan juga adalah kaum wanita yang turut ingin merasakan nikmat Ramadan dengan berjalan ke masjid selepas berbuka puasa.

Namun seorang mak cik ini telah menarik perhatian ramai dengan cara yang digunakan untuk pergi solat terawih dalam sebuah video yang dikongsikan di TikTok baru-baru ini.

Video oleh pengguna atas nama Jimbo itu menunjukkan seorang wanita yang lengkap bertelekung meluncur menggunakan skateboard di atas jalan menuju ke masjid untuk menyertai solat terawih.

Namun oleh kerana kain telekungnya menutup skateboard yang dinaiki, wanita itu kelihatan terapung dalam gelap dengan kaki tidak mencecah tanah.

Ternyata penampilan wanita itu boleh diibaratkan dengan hantu, sehingga ramai yang mengaku akan lemah lutut jika terjumpa dengan mak cik tersebut.

“Dgn imam2 lintang pukang…”

“Mau tak jadi kes langgar lari…”

“Aku taw bulan pose ni hantu x dok…”

“Paduu makcik…”

 

“Mau kne baling ngan selipar…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *