Kecewa berkali2 ditinggalkan lelaki beruniform, gadis syukur jodoh dengan polis

Siapa sangka perkenalan singkat seorang wanita dengan anggota polis di laman Facebook berakhir dengan keputusan untuk mengikat tali pertunangan, sehari sebelum berpuasa.

Menerusi platform TikTok, wanita yang dikenali sebagai Munge itu bersyukur akhirnya bertemu jodoh dengan ‘anggota’ selepas sering kali dikecewakan oleh lelaki yang membawa imej pakaian seragam.

@munge_11

pertemuan yang takpernah dijangka, selepas aku beberapa kali ditipu dan ditinggalkan dengan lelaki yang beruniform#fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – A.Q_ Arsavily – A.Q_ Arsavily

“Pertemuan yang tak pernah dijangka, selepas aku beberapa kali ditipu dan ditinggalkan dengan lelaki yang beruniform,” tulisnya.

Rakaman video berdurasi sembilan saat tersebut memaparkan model sambilan itu membetulkan uniform tunangnya, Zul Ezahar untuk sesi ‘photoshoot’ beserta bait-bait luahan perasaan.

“Perkenalan yang singkat hanya di Facebook, pertemuan yang tak sampai 30 minit di pusat beli belah, pertunangan yang tak dirancang sehari sebelum puasa.
“Berharap dia sentiasa menjadi pelangi dalam hidup aku,” kongsinya.

Video tersebut meraih hampir 500,000 tontonan serta komen netizen dimana rata-rata menyifatkan wanita itu sangat tabah kerana masih memilih lelaki beruniform walaupun pernah dikecewakan berkali-kali.

Selain mendoakan hubungan mereka berdua berakhir di jinjang pelamin, ada juga segelintir individu berharap agar Munge bersabar dan memahami komitmen anggota pakaian seragam yang terikat dengan tugas.

Masih cari beruniform, tahan lasak ni

Kena ‘kahwin’ dengan kerja dia sekali tau!

Kena faham, jangan cepat merajuk

Memang ‘target’ nak beruniform tu…

Setiap individu ada citarasa masing-masing sebelum mendirikan rumah tangga. Tak kisah beruniform atau tidak, yang penting dah bersedia dengan semua tanggungjawab.

Sumber: TikTok @munge_11

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *