Pelakon Iklan Raya Judi Mengaku Terima Upah RM180, Mahkamah Tolak Permohonan Reman

Terkini, pihak polis telah menahan kesemua pelakon yang terlibat dalam pembikinan iklan ‘judi’ yang menggunakan konsep Hari Raya Aidilfitri. Malah, pihak berkuasa turut mengesan seorang ejen yang dipercayai menjadi dalang kepada pembikinan dua video judi raya secara dalam talian.

Menurut Malaysia Gazette, hari ini menyaksikan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagaimanapun menolak permohonan polis untuk menahan reman lima hari terhadap lima pelakon dan produser video iklan raya

Mereka pelakon freelance

Menurut peguam kepada salah seorang pelakon yang terlibat iaitu Navin Punj memaklumkan majistret memberi alasan bahawa semua pelakon dalam video berkenaan merupakan pelakon bebas (freelancer) dan bukan kakitangan sah syarikat berkenaan.

Reman pelakon video itu ditolak hari ini oleh mahkamah di IPD Dang Wangi tapi kita telah akujanji dengan pihak polis sekiranya dipanggil untuk bantu siasatan kita akan kerjasama.

Ditolak atas alasan kesemua mereka adalah pelakon bebas dan bukan bekerja dengan syarikat itu, mereka hanya diupah untuk buat video tersebut.

Tidak tahu skrip video

Tambah Navin Punj lagi, kesemua mereka yang terlibat akan dibebaskan oleh pihak polis hari ini. Malah, anak guamnya tidak mengakui tidak tahu sebarang skrip ketika rakaman dan penggambaran dijalankan.

Semasa rakaman, mereka tidak tahu skrip video itu apa. Tidak ada skrip video, tidak ada lagu dan muzik. Video diambil awal sebelum kejadian ini jadi panas. Sebab itu majistret menolak permohonan reman tapi kerjasama kita akan beri.

Difahamkan juga, kesemua mereka menerima upah bayaran sebanyak kira-kira RM180 seorang bagi menghasilkan musik video tersebut. Kesemua individu yang ditangkap mengaku menerima bayaran bagi pembikinan pengambaran video berkenaan yang diadakan di dua lokasi di Ampang dan Hulu Selangor.

Sumber: Malaysia Gazette

Kredit : OhBulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *