“Usia Bukan Ukuran,” Wajah Cantik Adik-Beradik Ella Cvri Perhatian Netizen

Siapa tidak kenal dengan ratu rock negara iaitu Ella Aminuddin yang sememangnya sangat diminati dengan karakternya yang manja serta lemah lembut.

Menjangkau usia 54 tahun, penyanyi tersebut langsung tidak kelihatan berusia bahkan masih kekal anggun lebih-lebih lagi sejak mulai berhijab sekitar tahun 2016.

Ella juga tidak lokek berkongsi aktiviti hariannya di Instagram bagi mengubati kerinduan peminatnya kepada penyanyi ‘Sepi sekuntum Mawar’ itu.

Adik-beradik perempuan Ella cvri perhatian

Namun begitu, muat naik terbaru Ella di Instagram bersama adik-beradik kandungnya telah berjaya mencuri perhatian warganet terutamanya peminat setianya.

Empat beradik tersebut terlihat kekal cantik dan awet seperti waktu remaja.

Bidadari syurga ke ni?

Menerusi kapsyen yang dibuat oleh penyanyi itu, Ella memaklumkan bahawa mereka telah makan tengahari bersama-sama dan sempat bergambar sekali.

Justeru itu, Instagramnya telah dibanjiri dengan pujian daripada warganet yang menyatakan bahawa mereka semua kelihatan cantik dan muda jelita.

Cantik2 manis sangat!

Semuanya cantik2

Dari dulu sampai sekarang masih cantik

Sumber: Ellaaminuddins

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *