(Video) Jimat Elektrik, Abang Ni Pasang Lampu Raya ‘Kelip-kelip’ Guna Tenaga Solar & Modal Tak Sampai RM40

Pejam celik pejam celik, kita sudah pun berpuasa di bulan Ramadan selama seminggu. Biasanya semangat nak berhari raya ini ‘datang’ sewaktu minggu pertama lagi. Maklumlah, setahun sekali.

Sudah jadi adat orang kita, setiap kali beraya pasti rumah akan dihias sehabis cantik. Langsir lama tukar baru, beli pinggan mangkuk baru, cat dinding rumah dan banyak lagi.

Satu lagi simbolik kemeriahan yang menjadi ‘identiti’ hari raya ialah pelita dan lampu kelip-kelip yang menerangi malam lebaran. Selalunya di rumah kampung, ramai yang gemar memasang kedua-dua benda ini.

Tahukah anda, sebenarnya ada lampu kelip-kelip yang dijana kuasanya menggunakan tenaga solar. Nampak macam canggih kan? Begitulah yang dibuat oleh Hairi Rahim & di bawah ini adalah perkongsiannya di group Tukang Apa Hari Ini baru-baru ini.

Jom kita baca perkongsiannya.

Gambar: Hairi Rahim

Salam semua, bulan puasa datang lagi. So kita bertukang pasang lampu raya kelip-kelip.

Tapi tahun ni special sikit sebab kita pakai lampu kelip-kelip jenis solar.

Untuk pemasangan kita modify sikit untuk letak solar dekat atas atap sana. Senang untuk cas masuk cepat sikit hehe.

Sesuai untuk siapa-siapa tak ada plug dekat luar jugak.

Gambar: Hairi Rahim
Gambar: Hairi Rahim
Gambar: Hairi Rahim

Kos mahal ke? Tak mahal pun. Just RM30.90 link saya beli saya letak bawah ni.

Panjang lampu 22m 200 LED, 8 mode lampu.

Link Shopee: boleh klik di SINI.

Untuk video demo pemasangan dan lampu boleh tengok di SINI.

Sumber: Hairi Rahim

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *