(Video)”Ni Memang Original Suara Aku,” Lelaki Ni Ada Suara Macam Saiful Apek, Sampai Raih 1.6 Juta Tontonan

Pernah dengar pepatah pelanduk dua serupa? Ini adalah peribahasa yang menggambarkan dua individu yang mempunyai wajah yang sama, seperti kembar seiras.

Ada orang yang dilahirkan mempunyai wajah seiras individu terkenal, ada pula mereka yang dilahirkan dengan suara yang serupa seperti seorang lelaki yang menjadi tular di TikTok baru-baru ini.

Pemuda dengan nama pengguna @namasayabell ini telah mendapat lebih 1.6 juta tontonan di laman itu gara-gara suaranya yang serupa dengan pelakon terkenal, Saiful Apek.

Dikatakan 100 peratus copy paste suara artis itu, jelas pemuda berkenaan, dia memang dilahirkan dengan suara tersebut dan bukan dibuat-buat.

“Weyh, aku tak copy suara Saiful Apek kau tau tak. Ni memang original suara aku kau tau tak.

“Saiful Apek takleh beatbox macam ni tau,” katanya sebelum menunjukkan skil beatbox kepada para pengikutnya.

@namasayabellReply to @abangjawa87 saya tak meniru #saifulapek #fyp #fypmalaysia #fypmalaysia🇲🇾 #fypsounds #beatbox #beatboxfamily #beatboxmalaysia #fypシ゚viral♬ original sound – Bell Caroline

Video itu telah mendapat lebih 143 ribu tanda suka di mana rata-rata netizen terhibur dengan gelagat lelaki itu. Malah, ada yang meminta Bell menyanyikan lagu-lagu lain serta menuturkan dialog terkenal yang pernah dilakonkan artis tersebut.

Dia datang TikTok nak tunjuk skil beatbox, alih-alih ramai cakap suara macam Saiful Apek

Masalahnya kalau tutup mata memang terbayang Saiful Apek tengah cakap

Menyahut permintaan para pengikutnya, Bell turut berkongsikan beberapa video nyanyian dan lakonan semula dialog terkenal Saiful sebelum ini.

@namasayabellReply to @brandonhill94_ kau tak tahu? aku lagi tak tau😂 #saifulapek #beatbox #beatboxmalaysia #fypmalaysia🇲🇾 #fypmalaysia #fyp #fypシ♬ original sound – Bell Caroline

@namasayabellAnswer to @jenharris08 welcome to the club. #saifulapek #fyp #fypmalaysia🇲🇾 #fypmalaysia #fypchallenge #beatbox #beatboxmalaysia #goviral

♬ original sound – Bell Caroline

Sumber: @namasayabell

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *