Bercinta dekat 3 tahun, baru nikah dua minggu wanita sebak dah ‘dijandakan’

Perkahwinan merupakan satu ikatan dan perjanjian seumur hidup. Namun, tak siapa tahu tentang jangka hayat jodoh yang kadangkala terlerai ditengah jalan.

Baru kahwin dah cerai

Hal ini samalah seperti satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @dekjaaerniza apabila memberitahu telah berpisah dengan suaminya yang baru dua minggu dinikahi

Reda dengan ketentuan

Sijil nikah pun belum daftar lagi

Selain itu, @dekjaaerniza turut memberitahu sijil pernikahan mereka juga belum berdaftar dan inai dijari masih merah lagi memandangkan majlis pernikahan baru sahaja berlangsung pada 25 Mac 2021

Reda dengan ketentuan

Namun, dia reda dengan ketentuan yang telah terjadi dalam hidupnya dan mengucapkan terima kasih kepada suami kerana sudi mengambil dirinya menjadi isteri walaupun hanya dua minggu sahaja.

Suami sepatutnya harus banyakkan sabar

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata kenalan dan warganet yang menonton video tersebut telah meninggalkan komen meminta wanita itu tabah menerima takdir tersebut.

Mereka juga sempat menitipkan pesan kepada sesiapa yang ingin mendirikan rumah tangga supaya memantapkan dahulu ilmu dalam perkahwinan sebagai bekalan untuk mengemudi bahtera keluarga yang pasti lebih banyak cabaran,

Penuhi ilmu rumahtangga dulu

Sebab tu jangan kahwin usia muda

Patutnya orang tua main peranan

Patut kaunseling dulu, cerai bukan jalannya

Lelaki jangan ada perkataan cerai dalam otak

Sumber: Dekjaaerniza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *