Myvi Remuk Teruk Kena ‘Hentam’ Dengan Treler, Pemandu Selamat

                        Foto: Media sosial

Semalam, tular di media sosial beberapa keping foto kemalangan melibatkan beberapa buah kenderaan dengan sebuah treler. Kejadian tersebut berlaku di kilometer 445, Lebuhraya Utara Selatan hala ke utara.

Apa yang lebih mengerikan, apabila melihat keadaan sebuah Perodua Myvi yang remuk berikutan insiden berkenaan.

Pemandu terselamat

Susulan daripada itu, menerusi laporan Berita Harian, pemandu wanita kereta berkenaan dilaporkan selamat walaupun keretanya yang dipandunya remuk selepas terlibat dalam kemalangan yang membabitkan tujuh kenderaan yang lain. Difahamkan kesemua mangsa hanya mengalami cedera ringan.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, sebuah treler yang dalam perjalanan ke Rawang dipercayai menjadi punca insiden berkenaan.

Treler itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar beberapa kenderaan yang berada di lorong sama menyebabkan semua kenderaan terbabit rosak teruk.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang semua kenderaan terselamat dan hanya luka dan cedera ringan.

Sehingga kini, pihaknya masih menjalankan siasatan penuh bagi mengenal pasti punca dan jumlah sebenar mangsa yang terlibat dalam nahas itu.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *