‘Terasa’ Lepas Dengar Ceramah Pasal Solat, Pemuda Tikam Pak Imam

Seorang imam masjid cedera parah apabila ditikam oleh seorang pemuda ketika dia sedang menjamu selera bersama keluarganya pada malam Selasa di Sulawesi Selatan, Indonesia.

Tikam imam guna parang

Pemuda yang berusia 25 tahun berkenaan secara tiba-tiba datang menghampiri imam, Baso Daeng Sallang lalu menikamnya dengan menggunakan sebilah parang.

Akibat daripada kejadian yang mengejut itu, Baso telah mengalami beberapa luka pada bahagian tubuhnya dan dikejarkan ke hospital berdekatan bagi menjalani rawatan selanjutnya.

Sebaik sahaja dia menikam mangsa, pemuda berkenaan terus melarikan diri dan tidak berapa lama kemudian dia datang menyerah diri secara sukarela kepada pihak polis.

Sakit hati dengar ceramah tentang solat jemaah

Apabila disoal siasat, ternyata pemuda berkenaan yang dikenali sebagai Arsyad Daeng Salli mengaku bahawa dia bertindak demikian kerana dia sakit hati dengan ceramah yang diberi oleh imam tersebut.

Menurut pihak polis, pemuda berkenaan tersinggung ketika imam menasihatkan para jemaah mengenai kepentingan menunaikan solat secara berjemaah di masjid bagi umat Islam di bulan Ramadan.

Walaupun tidak menyebutkan nama sesiapa pun, namun pemuda berkenaan berasa sakit hati kerana dia jarang pergi ke masjid dan menganggap imam itu bercakap mengenai dirinya. Kini, kes berkenaan masih dalam siasatan pihak polis.

Sumber : Indozone

Kredit : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *