“Perjalanan Mengandungkan Anak Kedua Ni Tak Banyak Beza Dengan Aafiyah Cuma..” – Tok Ti

Selepas selamat melahirkan cahaya mata keduanya, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada memuat naik satu rakaman video di akaun laman media sosial Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut, Siti telah berkongsi cerita serta pengalaman dirinya sepanjang kehamilan anak keduanye

“Perjalanan mengandungkan anak kedua ni tak banyak beza dengan Aafiyah cuma, Aafiyah bermula daripada awal seperti nak kena cucuk setiap hari untuk proses mematangkan telur,

“Tapi untuk kehamilan kedua ni saya cuma tinggal makan ubat untuk dinding rahim saya tebal dan bersedia untuk proses ‘Blastocyst’ tu dimasukan,

“Dan bila makan ubat hormon semua orang faham saya akan jadi badan besar tapi tak apa, saya okey sebab saya nak lalui kehamilan ini dengan kegembiraan. Saya tak nak terlalu memikirkan soal naik berat badan,

“Bagi saya itu satu perkara yang saya sudah bersedia dan proses untuk menjadi ibu itu adalah lebih penting,” katanya.

Dalam pada itu, suami kepada Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut ada berkongsi kegembiraan dan teruja selepas isterinya disahkan hamil cahaya mata kedua.

“Saya amat terharu, teruja dan bersyukur sangat kerana Siti pun telah mengandung anak kedua dan alhamdulillah anak kedua ini merupakan seorang anak lelaki. Kami semua sangat teruja untuk menanti kelahiran bayi ini.

Video :

“Saya amat dan sentiasa menyayanginya dan dia sentiasa ada dalam hati saya. Saya menyayangi dia dengan sepenuh hati saya.

“Sebagai seorang suami, saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia dan saya percaya kehadiran dua cahaya mata ini akan memberikan berjuta kegembiraan kepadanya,” kongsinya.

Terdahulu, Siti dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya itu pada 19 April di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Untuk rekod, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah pun melangsungkan perkahwinan mereka pada tanggal 21 Ogos 2006.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini mencecah usia tiga tahun.

Sumber :Instagram Siti Nurhaliza / mediahiburan

Artikel sebelum itu

Kongsi gambar tangan ‘baby boy’, Siti Nurhaliza syukur diberi peluang timang cahaya mata lagi dan Kongsi menu pantang hari pertama

Siti Nurhaliza berkongsikan gambar tangan anak lelakinya di laman Instagram pada Selasa.

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menzahirkan kesyukurannya apabila sekali lagi diberi peluang untuk merasai momen manis menimang seorang lagi cahaya mata.

Menerusi Instagram, Siti, 42, berkata proses bersalin berjalan dengan lancar berkat doa peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dirinya.

“Alhamdulillah… Allah melapangkan satu lagi nikmat dan peluang untuk saya merasai kehamilan, melahirkan dan kini anakanda saya sudah lahir ke dunia.

“Proses melahirkan semalam (Isnin) baik dan lancar, saya dan bayi juga dalam keadaan baik.

“Terima kasih di atas doa semua pihak selama ini, saya yakin apa jua yang saya lalui ini adalah berkat daripada banyaknya doa kalian,” katanya.

Perkongsian Siti di lnstagram.

Menerusi perkongsian itu, Siti turut memuat naik gambar bahagian tangan bayi lelakinya tanpa menampakkan wajah.

Dalam pada itu, Siti berkata dia akan menjalani proses berpantang seperti biasa dan memastikan kedua-dua mereka sentiasa sihat.

“Saya akan menjalani rutin berpantang seperti biasa, fokus kepada bayi dan mahu memastikan keadaan kami berdua akan terus sihat, dipermudahkan semuanya.

“Terima kasih sekali lagi di atas setiap doa yang telah dipanjatkan buat saya dan juga ucapan tahniah di atas kelahiran anak kedua saya,” ujarnya.

Siti turut menerima ucapan tahniah daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan ramai rakan selebriti di atas kelahiran anak keduanya itu.

Siti akan berkongsi nama anaknya dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, menerusi instastori, Siti turut berkongsi menu berpantangnya pada hari pertama. Melihat beberapa lauk pantangnya sungguh menyelerakan.

Menurunya lagi, lauk ketika berpantang adalah antara kegemarannya.

“MASAKAN DARIPADA @NATALISMOTHERCARE UNTUK DINNER SATA MEMANG SEDAP. SEBAB TU SAYA SUKA WAKTU BERPANTANG. TQ”

Video :

Penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu selamat melahirkan anak kedua pada pukul 6.21 pagi Isnin di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Siti akan berkongsi mengenai nama anaknya itu dalam masa terdekat selain akan menggunakan pangkal nama Muhammad A untuk puteranya itu.

Siti berkahwin dengan ahli perniagaan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan hasil perkahwinan, pasangan ini turut dikurniakan seorang anak perempuan, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.

Antara Komen-komen pengikut TokTi

sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *