Jenazah Kru KRI Nanggala 402 Dirancang Akan Dibawa Ke Surabaya

Jenazah kru kapal selam KRI Nanggala 402 dilaporkan akan dibawa ke Surabaya, Jawa Timur.

Ketua Tentera Laut Indonesia (TNI), Laksamana Yudo Margono mengatakan bahawa proses evakuasi dan cara untuk mengangkat kesemua jenazah akan diperincikan semula tidak lama lagi, lapor Kompas.com.

“Evakuasi nanti kita ke Surabaya atau sesuai mengikut permintaan keluarga kerana ada tiga orang di Banyuwangi,” katanya dalam sidang media.

Semalam, Yudo juga telah mengesahkan bahawa kapal KRI Nanggala 402 telah tenggelam dan berada pada kedalaman 838 meter.

Bagaimanapun katanya, dengan mengambil kira situasi berkenaan, peluang adalah kecil untuk kru KRI Nanggala 402 diselamatkan.

Selain itu, pihaknya akan memberikan penghargaan kepada semua kru kapal selam tersebut dalam bentuk kenaikan pangkat.

Dalam penemuan semalam, kapal itu dilaporkan terbelah menjadi tiga bahagian dan ditemukan di kedalaman 838 meter.

Sumber: Kompas.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *