Jumpa Ves Keselamatan Keluar Dari Kotak, Kru KRI Nanggala-402 Dipercayai Sempat Berusaha Selamatkan Diri

Kehilangan ‘misteri’ kapal selam KRI Nanggala-402 di perairan Bali, Indonesia pada 21 April lalu telah menggemparkan dunia. Namun bagaimanapun, ‘misteri’ itu terungkap apabila pihak berkuasa tempatan menemui kira-kira enam serpihan yang dipercayai datang daripada lokasi terakhir keberadaan kapal berkenaan.

Ketua Tentera Indonesia iaitu Hadi Tjahjanto dengan sayu telah mengumumkan seramai 53 kru KRI Nanggala-402 terkorban dalam insiden itu. Terbaru, Ketua Tentera Laut Indonesia iaitu Yudo Margono mengungkap mangsa kapal selam itu cuba untuk berusaha menyelamatkan diri mereka sewaktu dalam keadaan darurat.

Cuba untuk selamatkan diri

Memetik laporan Tribun News, berdasarkan penemuan yang dibuat Tentera Laut Indonesia (KSAL) di mana mangsa kapal selam itu berusaha mengeluarkan ves keselamatan yang terdapat di tempat khusus. Namun, ves keselamatan itu tidak sempat dipakai mangsa kerana dipercayai berdepan dengan situasi darurat ketika itu.

Escape suit MK 11 merupakan barang yang ditemukan oleh kapal selam ROV MV Swift Rescue dari Singapura di dasar lautan perairan Bali itu. Kebiasaannya, Escape suit MK 11 akan disimpan di dalam sebuah kotak khas dan akan dikeluarkan ketika waktu darurat.

Dengan penemuan ini, KSAL menyifatkan anak kapal seupaya untuk mengambil dan memakai ves keselamatan dari kotak tersebut namun, tidak sempat berkemungkinan mangsa berdepan dengan situasi yang lebih darurat.

Dengan kedalaman penemuan kapal KRI Nanggala-402 di kedalaman 838 meter membolehkan potensi untuk menyelamatkan kru anak kapal adalah tipis.

Laporan penuh dari KSAL

Sumber: Tribun News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *