“Tak Minta Lahir Begini..” – Pemuda Kulit ‘Bersisik’ Kesal Dihin4 Terkena ‘Sumpahan’

Tak dinafikan lagi, bukan semua orang ‘bertuah’ dikurniakan paras rupa yang menarik dalam dunia ini. Baik atau bu ruk, kita harus sentiasa bersyukur kerana Tuhan sama sekali tidak memandang penampilan seseorang sebaliknya hati budi sebagai pengukur kasih-sayang serta rahmatNya.

Sebagai manusia biasa, siapalah kita ingin mengkritik atau memb3nci ciptaan Tuhan, betul? Begitulah seperti kisah seorang pemuda memiliki kulit ‘bersisik’ ini, yang rajin memuat naik serta berkongsi video menerusi aplikasi TikTok.

Dihin4 netizen kerana penampilan ‘luar biasa’

bernama Muhammad Hassan itu berkata bahawa dia tidak menyangka perkongsiannya meraih perhatian ramai kerana paras rupanya yang ‘luar biasa’. Di samping itu, ramai netizen yang memberi komen ‘jah4t’ menghin4 penampilannya seperti menuduh dirinya mencacah tatu dan terkena sumpahan.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir yang mengaitkan ibu bapanya di mana mereka mendakwa ‘bapanya’ terpukul ular sewaktu ibunya sedang mengandung. “Selain kata saya pakai tatu, ada yang tanya adakah keadaan kulit saya disebabkan terkena sumpahan sewaktu kecil.

“Tapi apa yang buatkan saya betul-betul kecil hati apabila ada yang mengaitkan kulit saya dengan kata, adakah arwah bapa saya ada pukul ular ketika ibu mengandungkan saya,” luahnya sedih.

Alami peny4kit kulit sejak lahir

Membidas segala tuduhan netizen, pemuda itu menjelaskan bahawa keadaan yang dialaminya sejak lahir itu merupakan penyakit kulit dikenali sebagai Ichthyosis. Mesra disapa Mamat, dia mendedahkan dirinya dan 4 adik-beradik lain turut menghidap penyakit kulit yang sama.

“Ini penyakit kulit yang saya alami sejak lahir. Saya ada menjalani rawatan di hospital. Keadaan kulit saya di seluruh badan seperti bersisik dan ketebalannya adalah berbeza di sesetengah bahagian. “Kulit saya ini juga sensitif jika terdedah kepada cahaya matahari. Kalau terdedah lama, kulit akan merah dan menggelupas sehingga terkopek. Bila luka tu yang buat pedih dan sakit,” katanya kepada pihak mStar.

Kesal dengan tuduhan dan t0hmahan netizen

Tambah pemuda berusia 24 tahun itu lagi, dia berasa kesal dengan segala t0hmahan dan tanggapan negatif individu sekeliling terhadap penampilannya. Walhal, itu merupakan satu ujian diberikan tuhan, bukan pilihannya sendiri. “Saya tak minta lahir begini. Tapi tak perlu berikan komen yang tak sensitif,” ujarnya lagi.

Sukar cari pekerjaan, ramai terkejut dengan penampilan

Selain itu, Mamat tidak menafikan penyakit tersebut menyukarkannya untuk mencari pekerjaan sebelum diberikan peluang bertugas sebagai pengawal di sebuah ‘shopping mall’ di Ampang, Selangor. Di tempat kerja, ramai yang terkejut dan cuba menjauhkan diri saat terserempak dengan dirinya. Mungkin mereka menyangka penyakitnya ‘jenis berjangkit’.

“Ada yang terkejut atau cuba menjauhkan diri apabila bertembung dengan saya,” katanya. Namun begitu, Mamat menegaskan bahawa penyakit tersebut sebenarnya bukanlah penyakit berj4ngkit. Mengakhiri temubual, Mamat sempat memberi nasihat kepada insan yang senasib agar tidak mempedulikan pandangan negatif orang sekeliling asalkan tidak menyusahkan hidup orang lain.

Apa kata anda?Dah baca sila share,like dan komen ya.Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *