5 tahun bercinta, 4 bulan bernikah, suami pasrah isteri ‘pergi’ kerana kanser

Setiap yang hidup pasti akan meninggal dunia. Namun, cepat atau lambat waktunya hanya Allah S.W.t sahaja yang tahu.

Walaupun kadang-kala kita tidak bersedia untuk kehilangan orang tersayang, namun detik menyedihkan itu pasti juga akan tiba.

Baru 4 bulan menikah

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pemuda apabila kehilangan isteri tersayang hanya selepas empat bulan bernikah.

Menerusi muat naik yang dibuat oleh pengguna Facebook dikenali sebagai Mohamad Haniff Azizan, isterinya telah meninggal dunia disebabkan kanser.

Seorang isteri yang hebat

Dalam posting yang dibuat, dia akur akan kehilangan isterinya Aida Afiqah dibulan penuh keberkataan ini. Dia juga sempat menulis perihal keperibadian isterinya yang sangat menyenangkan sejak mereka bercinta 5 tahun lalu.

Sel kanser dah merebak

Sebelum khabar duka itu dimaklumkan oleh Haniff, dia ada membuat posting di Facebook beberapa hari sebelum isterinya meninggal dengan memaklumkan bahawa allahyarham telah dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas.

Semoga rohnya dicucuri rahmat

Dalam pada itu, Haniff juga sempat menzahirkan rasa terima kasih kepada kepada semua yang telah mendoakan isterinya baik ketika hidup ataupun ketika sudah ‘pergi’.

Sehubungan dengan itu, rata-rata kenalannya telah mengucapkan takziah diatas pemergian isteri dan turut sama mendoakan supaya mereka sekeluarga kuat menerima dugaan yang maha hebat ini.

Kamu hebat, cinta dia tak akan pernah mati

Salam takziah, semoga terus kuat

Sumber: Mohamad Haniff Azizan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *