Hanya 11 hari bergelar isteri, suami meninggal akibat serangan jantung

Inai masih merah di jari, namun wanita ini terpaksa kuat dan tabah bagi menerima hakikat bahawa suaminya sudah pergi menemui penciptaNya dipercayai akibat serangan jantung, pada Sabtu lalu.

Menerusi perkongsian di platform TikTok, @MissQishz memuat naik sebuah video memaparkan perjalanan terakhir arwah suaminya selepas hanya 11 hari mereka sempat bergelar pasangan hidup.

Salam terakhir suamiku…

“Perkahwinan kami baru 11 hari. Pada 29 Mei, suami dijemput Ilahi.. Besar kuasaMu ya Allah,” luahnya yang reda dengan pemergian tersebut.

Menerusi video berdurasi 22 saat itu, @MissQishz berkongsi foto kompilasi majlis pernikahan, di hospital dan proses pengebumian arwah suaminya yang berusia 27 tahun itu sehingga mengundang sebak orang ramai.

Video berkenaan meraih sebanyak 678,800 tontonan selain lebih 5,000 komen warganet dimana rata-rata mengucapkan takziah atas pemergian insan tersayang serta menitipkan semangat buat wanita tersebut.

“Terima kasih semua yang mendoakan..”

Sedihnya! Kuatkan hati & semangat

Sabar ya.. sis pun pernah merasa

Terdahulu, @MissQishz ada memuat naik video memaparkan set busana pernikahannya yang teruja menghitung hari untuk bergelar isteri.

Menuju ikatan halal

Sumber: TikTok @MissQishz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *