Keluarga Reda Wanita Dibelasah Suami Belum Sedarkan Diri, Harap Si Pelaku Segera Ditemukan

Menyingkap kejadian pada 4 Mei lalu, seorang kakitangan awam terpaksa bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini selepas dipercayai dibelasah suaminya.

Ketika itu, mangsa yang berusia 43 tahun tersebut sedang hamil empat minggu dan dilaporkan me­ngalami kecede­raan parah dengan tengkorak kepalanya terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipercayai dipukul. Kejam!

Pun begitu, selepas dirawat selama 27 hari setelah mengalami cedera parah akibat dipukul suaminya, pegawai wanita sebuah jabatan kerajaan akhirnya dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga.

Adik mangsa yang dikenali sebagai Fazariah, 38, berkata, kakaknya yang berusia 43 tahun masih belum sedarkan diri, namun keadaannya stabil.

“Alhamdulillah kakak sudah stabil tetapi masih koma dan sudah boleh bernafas sendiri tanpa bantuan alat pernafasan”

Fazariah berkata, keluarga­nya reda dengan ketentuan Ilahi selepas pasukan perubatan memaklumkan kakaknya berkemungkinan hilang ingatan selain peluang untuk pulih seperti biasa adalah tipis.

Katanya, usia kandungan mangsa kini memasuki 11 minggu dan dalam keadaan baik.

Lebih menyedihkan, wanita itu kini hanya mampu terbaring, sedih kami lihat dia mengandung dalam keadaan sakit, dia minum susu ramuan khas.

Kami sekeluarga tidak putus-putus berdoa agar kakak kembali sembuh selain si pelaku ditangkap dan dihukum

Orang ramai yang ingin membantu meringankan beban mangsa boleh berbuat demikian ke akaun bank Fazariah Nordin 160214042052 (Maybank) atau 0413841000043244 (Bank Simpanan Nasional).

Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik buat wanita ini agar diberi kesembuhan ya. Aamiin.

Kredit : Kosmo Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *