Lelaki Tembak Kereta Bekas Isteri Gara-Gara Cemburu Direman

Kejadian yang berlaku baru-baru ini apabila seorang peniaga bertindak menembak belakang kereta bekas isterinya di Lorong Jalan Bayam, Tapang gara-gara cemburu dia sudah berkahwin lain direman empat hari bagi membantu siasatan.

Menurut laporan Harian Metro, lelaki berusia 36 tahun yang merupakan bekas suami kepada mangsa akan direman bermula hari ini sehingga Jumaat untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Perintah reman terhadap lelaki itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Kota Bharu, Nuriza Mustafa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, lelaki itu ditahan pada 7 pagi semalam di rumahnya di sini.

Lelaki itu direman selama empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh.

Semalam, dilaporkan seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya ditembak pada bahagian cermin belakang yang ketika itu dia membawa tiga orang anaknya berusia antara 3 sehingga 13 tahun dalam perjalanan ke rumah.

Kejadian yang berlaku pada pukul 7.30 malam itu, mangsa memberitahu apabila dia sampai di tempat kejadian, dia mendengar bunyi tembakan dan melihat cermin bahagian belakang keretanya sudah pecah.

Dia mendapati dalang yang melakukan perkara itu adalah bekas suaminya kerana mengenalpasti jenis kereta yang dipakai bekas suaminya.

Dia juga berkata bahawa dia sudah berpisah dengan bekas suaminya lebih kurang setahun yang lalu dan mendakwa lelaki itu melakukan perkara itu kerana cemburu bekas isterinya sudah berkahwin lain.

Kredit: Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *