Beli Surat Rentas Negeri Palsu Harga RM 30, Lima Warga Indonesia Ditahan Sewaktu SJR

Di Ipoh, polis telah menahan lima orang warga Indonesia ketika sekatan jalan raya di Plaza Tol Ipoh Selatan arah utara pada Isnin kerana didapati mengemukakan borang rentas negeri palsu yang dibeli dengan harga RM 30, lapor Sinar Harian.

Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz selaku Ketua Polis Daerah Ipoh berkata, suspek yang berusia 24 hingga 41 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.45 malam melibatkan sebuah bas persiaran.

Kesemua individu berkenaan dalam perjalanan dari Sungai Rengit, Johor pergi ke Kedah atas alasan kerja dengan memiliki borang rentas negeri palsu serta tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Sumber : Sinar Harian

Mereka juga turut mendedahkan memperoleh surat itu daripada rakan mereka di Johor.

Sehubungan itu, berdasarkan maklumat yang diperoleh, Polis Daerah Kota Tinggi, Johor berjaya menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 35 tahun.

Suspek disyaki membuat salinan borang rentas negeri palsu dan menjual kepada warga asing yang lain.

Kredit : Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *