Kongsi foto bersantai di ‘villa’ tepi pantai, netizen bongkar lokasi ‘rahsia’ Sajat!

Sebut sahaja nama ‘Sajat’ mesti ramai yang ‘rindu’ dan tidak keruan, tertanya-tanya ke mana hilangnya usahawan dikenali ramai itu setelah sekian lama menjadi buruan pihak berkuasa.

Baru-baru ini, pemilik nama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman itu berkongsi beberapa gambar menunjukkan dirinya sedang bersantai di tepi pantai di Instagram.

Berikutan itu, ramai yang mendakwa bahawa lelaki itu kini sedang bercuti namun lokasinya masih dirahsiakan.

Syoknya bersantai di tepi pantai

Dalam pada itu, lelaki berusia 36 tahun itu turut memuat naik beberapa keping gambar sekitar kawasan percutiannya yang dipercayai merupakan sebuah villa atau resort tepi pantai.

Netizen cuba menyiasat lokasi Sajat

Berikutan itu, ramai yang cuba meneka lokasi ‘rahsia’ keberedaan pelantun lagu Bobo Di Mana itu.

Menerusi sebuah ‘posting’ di Facebook, seorang netizen memberi kenyataan telah berjaya membongkar lokasi ‘villa’ tempat Sajat dikatakan sedang bersembunyi berkenaan.

Di samping itu, individu terbabit turut berkongsi beberapa keping gambar ‘lokasi’ sebenar sebagai perbandingan dengan gambar-gambar yang diambil dari Instagram Sajat.

Sofa berbelang serupa

Alas pinggan macam sama

Kawasan pantai yang sama

Kolam renang pun nampak sama

Persekitaran mirip 100%

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi jawapan dengan nama lokasi tempat itu namun rata-ratanya salah.

Macam villa di Bachok?

Setiu ke?

Atau.. Cherating?

Thailand agaknya

Bagaimanapun, seorang lagi netizen tampil memberikan bukti berserta gambar-gambar hasil carian Google, menunjukkan sebuah villa yang terletak di Thailand.

Apa yang mengejutkan adalah kesemua gambar tersebut kelihatan mirip dengan lokasi keberadaan Sajat, sama seperti yang dikongsi oleh Sajat di Instagram.

Dah macam detektif, akhirnya jumpa juga lokasinya!

Cari punya cari sampai ke lubang cacing, akhirnya berjaya juga menemui nama dan lokasi villa yang didakwa menjadi ‘persembunyian’ Sajat.

Villa dimaksudkan itu bernama Villa Maroc Resort Pranburi yang terletak di negara Thailand. Berikut merupakan koleksi gambar villa itu yang dikongsi oleh netizen:

Sama atau tak sama? Korang bandingkanlah sendiri ya. Hebat kan kuasa detektif netizen, wajar dapat pingat pentauliahan!

Terdahulu, media melaporkan walau pun keberadaan Sajat masih lagi menjadi ‘misteri’, namun berkemungkinan besar dia berada di Thailand.

Usahawan ini masih belum menyerahkan diri sejak hari pertama diburu pihak berkuasa setelah dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah ekoran kegagalannya menghadiri prosiding kes berpakaian wanita pada tiga tahun lalu.

Sumber: Instagram Sajat, Facebook Kekcah Aali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *