Lelaki Ini ‘Over Confident’ Nak Selesaikan Soalan Matematik, Tapi Last Sekali Terciduk

Setiap soalan matematik sudah tentu mempunyai cara penyelesaiannya tersendiri

Tambahan lagi jika soalan kira-kira itu mudah, pakai jari pun dapat jawapan. Namun begitu, sudah menjadi kebiasaan kita lupa dan buntu untuk menjawab soalan mudah jika kita sudah lama tinggalkan soalan matematik.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki ingin menjawab soalan kira-kira dengan penuh yakin mencuri perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

 

@keraekorbaru_02#stitch with @iben_ma ni x suka ni haa 🥺 #joke #stitch #foryou #fyp #fypシ

♬ original sound – Call me Zul

Confident nak buat kira-kira, tapi last-last give up

Menerusi video yang dimuat naik oleh @keraekorbaru_02 di laman TikToknya, kelihatan dia sedang mencuba untuk menyelesaikan soalan kira-kira iaitu 16 tolak 9.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila dia mengambil kertas dan gigih menulis 16 tolak 9 seperti ingin menunjukkan cara yang betul.

Namun begitu, dia kelihatan gagal menyelesaikan soalan kira-kira itu. Akhirnya, dia putus asa untuk menjawab soalan berkenaan.

“Aduh, abang masuk sekolah rendah balik lah” – Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan geram dengan gelagat lelaki itu membuat soalan kira-kira. Malah, ramai yang berkongsi ilmu untuk selesaikan soalan itu.

Ketika artikel ini ditulis, video itu mendapat sebanyak 1M tontonan, 64K tanda suka dan 4K komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen yang menarik daripada netizen di TikTok:

Aduh, makin pening tengok abang tu kira :/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *