Asyik hadap gajet 24 jam, anak menangis serik main ‘phone’ lepas mata jadi lebam

Seiring kemajuan teknologi pada zaman moden ini, ketagihan terhadap telefon bimbit dalam kalangan kanak-kanak merupakan satu masalah yang membimbangkan di negara kita.

Begitulah seperti video tular yang dikongsi oleh seorang ibu dikenali sebagai Nikiysaa menerusi aplikasi TikTok ini.

Dalam video pendek itu, kelihatan anak lelakinya sedang tidur dengan nyenyak sambil ibunya menconteng kelopak matanya seolah-olah kelihatan lebam.

Difahamkan lagi, tindakannya itu bertujuan untuk menakutkan dan mengelakkan anaknya daripada ketagihan gajet.

Takutkan anak supaya tidak ketagih gajet

Sebaik sahaja bangun dari tidur, anaknya terus menangis apabila mellihat matanya yang lebam setelah diconteng oleh si ibu.

Apa yang lebih melucukan, apabila si ibu sempat menawarkan telefon bimbitnya kepada si anak namun, si anak menolak dan terus menangis ketakutan.

Bagus idea ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi lucu terhadap gelagat ibu dan anak terbabit. Dalam pada itu, ramai juga yang memuji idea bernas ibu berkenaan.

Bahaya handphone untuk mata kanak2

Nak try juga

Cas bateri handphone dia 2 hari sekali

Jangan buat sangat takut dia fobia

Kan dah dapat

Sumber: TikTok @nikiysaa_acikk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *