Dakwa wanita Kelantan pengotor & pisau cukur, gadis terima kecaman netizen

Sebelum ini tular di media sosial berkenaan kisah seorang pemuda yang memutuskan hubungan percintaan dengan kekasih apabila ibu wanita itu meminta hantaran RM30,000 sedangkan dia tidak mampu.

Perkongsian di TikTok itu benar-benar membuatkan banyak pihak geram kerana kasihan melihat nasib pemuda berkenaan yang mengakui hanya bekerja biasa sahaja.

Disebabkan banyak portal dan laman Facebook yang berkongsikan semula kisah pemuda tersebut, pastinya banyak komen diterima daripada netizen.

Ada yang komen isu negeri pulak

Namun, komen daripada seorang gadis yang juga pengguna Facebook telah membuatkan banyak pihak marah kerana dia dengan selamba menyentuh isu kenegerian dalam mengulas kisah viral itu.

Dalam komen tersebut, gadis berkenaan sesuka hati sahaja menyatakan bahawa wanita berasal dari Kelantan pengotor, pemalas dan juga pisau cukur.

Hal ini pastinya membuatkan banyak pihak berang dan tidak setuju dengan komen ‘berani’ tersebut.

Suka2 kutuk orang lain

Rata-rata netizen telah mengecam tindakan kurang bijak gadis tersebut di ruangan komen kerana bukan hanya menjatuhkan maruah wanita negeri berkenaan, tetapi menunjukkan sisi kurang bijaknya dalam meninggalkan pendapat.

Kebanyakkan daripada netizen juga menasihatkan agar gadis tersebut berhati-hati ketika meninggalkan komen kerana bimbang mencetuskan perbalahan orang ramai di media sosial.

Sumber: Anak Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *