Dua Budak Bergasak Di Halaman Rumah, “Ada Vibe Seniman Bujang Lapok”

Zaman kanak-kanak mungkin akan menjadi satu memori yang tersemat dalam hidup seseorang. Dewasa nanti pasti akan terkenangkan apa yang korang buat masa kecil dulu. Malah saat gaduh, gelak tawa dan kenalan masa kanak-kanak dulu akan sentiasa diingati.

Namun begitu, baru-baru ini satu rakaman dua budak bergasak di halaman rumah telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman itu kelihatan seorang kanak-kanak tidak puas hati dengan seorang lagi budak lelaki. Tidak tahu apakah yang menjadi punca pergaduhan itu, tapi gelagat mereka cukup mencuit hati.

Kedengaran seorang budak bercakap, “Satu kampung aku boleh lawan tau”. Mereka terus bergaduh sebelum yang berlagak berani tadi terjatuh. Seorang lagi budak berkata, “Ini satu kampung? Ini sampah!”. Amboi masing-masing! Berikut adalah rakaman telatah dua budak bergasak yang mendapat perhatian ramai ini:

Biarpun nampak agak ganas, tapi dialog masing-masing boleh buat dekah! Perkongsian tersebut telah meraih lebih 166 ribu tontonan dan 10 ribu retweets serta 9,800 likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen perkongsian tersebut seperti berikut:

“Dah macam bunyi dari citer klasik dah”

Dua Budak Bergasak 3

“Dia punya borak tu dah macam dialog P.Ramlee”

Dua Budak Bergasak 2

“Udah gaya bercakap macam dalam cerita P.Ramlee”

Dua Budak Bergasak 1

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *