Pengantin perempuan patahkan besi, “Mesti suaminya dah gementar!”

Majlis perkahwinan dengan acara gilang-gemilang meraikan pasangan pengantin menempuh kehidupan yang baru menjadi satu adat masyarakat di sesetengah tempat. Ini termasuklah di Malaysia dan negara jiran, Indonesia. Pasangan pengantin juga digelar raja sehari bagi meraikan hari penuh bersejarah ini.

Namun begitu, lain pula halnya dengan pengantin perempuan yang videonya tular baru-baru ini. Jika kebiasaannya kita dapat lihat pengantin perempuan lemah gemalai duduk di pelamin, namun pengantin dalam video yang tular ini terbalik pula.

Dalam rakaman yang meraih perhatian ramai itu kelihatan pengantin perempuan patahkan besi dengan selambanya. Biarpun masih berbaju pengantin, namun persembahan pengantin perempuan ini buat ramai yang terpaku menyaksikannya. Berikut adalah rakaman tersebut yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter:

Wow, memang luarbiasa sekali pengantin perempuan ini! Rakaman pengantin perempuan patahkan besi dengan selambanya ini telah meraih lebih 500 ribu tontonan dan 12 ribu retweets serta 35 ribu likes. Rata-rata warganet cukup kagum dan meninggalkan reaksi mereka mengenai video ini di ruangan komen seperti berikut:

“Bayangkan kalau suami isteri ini bergaduh, habis hancur semua”

Pengantin perempuan patahkan besi 3

“Dijamin lakinya tak berani curang, kalau curang juga nanti siap je lah jadi…”

Pengantin perempuan patahkan besi 2

“Dalam hati suaminya: Abis aku kalau macam-macam dengan bini aku ni. Aku boleh jadi bergedel!”

Pengantin perempuan patahkan besi 1

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *