‘Trend’ isteri seronok jaja foto sebelum & selepas nikah para suami buat ramai kesal

Seakan menjadi trend pula di aplikasi TikTok apabila ada segelintir isteri yang memuat naik gambar suami masing-masing dengan menggunakan kapsyen ‘before kahwin’ dan ‘after kahwin’ sebagai satu bentuk hiburan sesama mereka.

Walaupun niat asal mungkin sekadar untuk bergurau, namun lama-kelamaan ia seakan membuka aib pasangan sendiri dan pastinya membuatkan banyak mata kurang senang dengan tindakan tersebut.

Ingat lawak ke?

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook, dia telah menegur tindakan para isteri yang memuat naik gambar-gambar suami yang dilihat kurang manis untuk tatapan warganet.

Suffiyah Ramadhani, video-video TikTok seperti itu sama sekali tidak lawak ataupun menghiburkan. Dia juga turut bertanya kepada para isteri adakah gurauan seperti itu memberi keseronokkan kepada mereka sedangkan aib suami dengan sengaja dibongk

Berpada-padalah bergurau

Dia juga sempat meminta agar para isteri berfikir andai satu hari nanti golongan suami pula berbuat kompilasi sebegitu. Adakah mereka tidak terasa hati atau hanya menganggap sebagai gurauan sahaja.

Jadi, Suffiyah berpesan supaya berpada-padalah dalam memuat naik sesuatu di media sosial kerana boleh sahaja mengecilkan hati pasangan.

Rasulullah pun minta jaga aib

Contoh perbadingan yang dibuat

Dalam pada itu, pengguna Facebook berkenaan turut menyertakan beberapa kompilasi video yang dianggap kurang sesuai untuk tatapan pengguna media sosial serta komen-komen yang diterima.

KOmen-komen yang diterima

Sembang perut suami

Teguran yang dibuat oleh pengguna Facebook itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata bersetuju dengan pendapatnya.

Mereka juga merasakan trend tersebut sangat tidak sihat kerana rahsia rumah tangga seharusnya dijaga dan sebagai seorang isteri, menjaga aib suami adalah salah satu tanggungjawab dalam rumah tangga.

Memang terasa hati kalau kena gini

Guna TikTok lihat benda yang baik2

Patut jaga aib masing2

Kita kena renungkan bersama2

Sumber: Suffiyah Ramadhani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *