Barang ‘Makeup’ Hancur Dirosakkan, Gadis Kesal Tetamu Biar Anak Tak Duduk Diam

Pasti ramai yang pernah merasai barang milik peribadi ‘diganggu’ oleh anak kecil terutamanya anak sesetengah tetamu yang datang kerumah kita.

Lebih membuatkan kita ‘naik darah’ adalah sikap ibu atau bapa yang sama sekali tidak melarang anaknya membuat kerosakkan harta benda orang lain dan hanya melihat sahaja.

Rosakkan barang make up tuan rumah

Hal ini samalah seperti perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok dari Indonesia yang berasa kesal dengan sikap anak kecil yang dibawa tetamunya apabila merosakkan barang make up sesuka hati.

Menurut @amelia_kesuma, dia sudah meletakkan  barang make up tersebut di tempat tinggi dan mengesyaki ibunya yang mengambil dan memberi kepada kanak-kanak itu.

Mak budak tu pun memang buat orang geram

Sehubungan dengan itu, ramai yang telah meninggalkan komen menyatakan turut berasa geram dengan kejadian seperti itu.

Mereka juga akui pernah mengalami hal yang sama dan sangat geram apabila tetamunya merasakan perkara yang dilakukan anak mereka satu tidak menjadi kesalahan memandangkan mereka masih kecil.

Teruknya perangai macam tu

Mesti jenis tetamu yang datang rumah orang buka peti sejuk

Bengang betul lah macam ni

Pengguna TikTok itu sempat memuat naik video yang berlainan dengan menzahirkan rasa kesal dengan sikap ibu kanak-kanak berkenaan yang masih menyalahkan tuan rumah sedangkan anaknya yang bermain alat make up tersebut.

Enggan memanjangkan cerita, dia memaafkan sahaja dan enggan perkara tersebut menjadi masalah kepada orang tuanya nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *