Cucu2 lelaki menari pakai baju nenek, sekali ‘pemilik’ datang cekak pinggang

Ibu-ibu pastinya gemar melakukan aktiviti melipat baju di ruang tamu rumah sambil menonton televisyen. Jadi, jika mempunyai anak-anak yang ‘nakal’ dan suka bergurau pastinya mereka akan menjadi pengacau ketika sedang ralit melipat baju.

Hal ini samalah yang dilakukan oleh seorang pengguna Instagram apabila sengaja mengganggu ibunya yang sedang melipat baju nenek mereka yang diambil dari ampaian.

Mula2 nak kacau ummi lipat kain je

Menerusi perkongsian aimanashrff di Instagram, dia dan adiknya mengambil baju kurung Kedah milik nenek mereka beserta kain batik telah menyarungkan ke badan dan sakan menari di ruang tamu.

Terhibur tengok reaksi nenek

Namun, apa yang kelakarnya adalah apabila ‘pemilik’ baju-baju tersebut tiba-tiba muncul dan terkejut melihat pakaiannya dipakai oleh cucu lelakinya.

Reaksi nenek mereka nyata menghiburkan kerana lama-kelamaan dia sendiri turut sama menari bersama cucu-cucu lelakinya.

Kenapa buli nenek hahaha

Sehubungan dengan itu, rata-rata yang melihat video tersebut berasa terhibur dengan kerenah mereka menyakat nenek tersayang.

Sebahagian daripada warganet turut menzahirkan rasa rindu terhadap nenek mereka dikampung yang sudah lama tidak bertemu ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung.

Hahaha berdekah tengok!

 

Comel lah nenek!

 

Tetibe rindu dekat opah di kampung

Penangan lockdown lah ni

Sumber:aimanashrff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *