“Alhamdulillah..” – Anggota polis dapat hidayah, peluk Islam ketika PKP

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tidak menghalang hasrat seorang anggota polis untuk memeluk agama Islam selepas memperoleh petunjuk Allah SWT.

Menerusi sebuah posting di laman Facebook Polis Daerah Rompin, Banyong Sering mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai Jabatan Agama Islam Rompin, Mohd Nabil Mohd Fauzi di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Rompin, pada Jumaat lalu.

Difahamkan, anggota polis berusia 38 tahun itu memilih nama Islam iaitu Muhammad Adam Benjamin Sering sekali gus disambut baik oleh warganet yang turut meluahkan rasa syukur.

Rata-rata mendoakan agar lelaki yang berasal dari Sri Aman, Sarawak itu kekal beristiqamah di jalan Allah SWT dan dipermudahkan urusan dalam menjalani kehidupan sebagai saudara baharu.

Moga jadi muslim yang taat

Moga Allah merahmati hidupmu

“Terima kasih, alhamdulillah”

Sumber: Facebook Polis Daerah Rompin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *