“Kenapa terbelah tu..” – Baju Daiyan Trisha buat ramai suka atau sakit mata?

Meskipun jarang muncul di kaca televisyen, tidak dinafikan pelakon Daiyan Trisha mempunyai kelompok peminat tersendiri di media sosial yang menghargai bakatnya.

Terbaru, pelakon berusia 28 tahun itu mengundang perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video tarian ‘breakfast challenge’ di platform TikTok miliknya.

Bagaimanapun, segelintir individu lebih tertumpu kepada fesyen baju ‘terbelah’ yang dipakai Daiyan dipercayai menampakkan bahagian dadanya sehingga meraih lebih 5,000 komen warganet.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menegur fesyen baju tersebut yang disifatkan agak seksi dan menasihati pelakon drama Projek Anchor SPM itu supaya perlahan-lahan dalam menutup aurat.

Selain itu, ada juga netizen mempersoalkan fungsi baju ‘berlubang’ tengah berkenaan selain cuba bersangka baik dengan membuat pelbagai gurauan serta sindiran.

Apa fungsi tengah tu?

Paksa tutup aurat tu!

Pelik2 je baju

Dah cantik, tapi jaga la sikit…

Sebelum kain putih yang menutup sis!

Sumber: TikTok Daiyan Trisha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *