[VIDEO] “Curi Pakai Baju Opah” – Tengah Syok Menari Sekali Kantoi Pula Dengan Opah

Bagi anda yang duduk serumah dengan nenek, pasti ada saja idea nak mengusik mereka bukan?

Mana tidaknya, dengan situasi sekarang yang tidak boleh kemana-mana, keluarga di rumah saja yang dijadikan gelak ketawa. Kalau di rumah ada nenek atau atuk, mesti sebagai cucu ini kerja asyik nak mengusik je bukan?

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Instagram apabila dua orang cucu lelaki memakai ‘baju opah’ neneknya menarik perhatian netizen.

Lihat video itu di bawah:

 

Menari pakai baju nenek tak ingat dunia, sekali kantoi pula

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aimanashrff di Instagram, kelihatan dua orang lelaki sedang mengenakan pakaian neneknya iaitu ‘baju opah’ dan kain batik semasa ibu mereka sedang melipat baju.

Apa yang lebih melucukan adalah apabila mereka berdua sakan menari sehingga tak perasan neneknya muncul. Dia pantas berkata “habis la baju aku kau pakai” sambil gelak ketawa bersama dua orang cucunya yang menari itu.

“Hahaha ini semua penangan lockdown” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua orang cucu lelakinya itu.

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 9K tontonan, 889 tanda suka dan 40 komen di Instagram.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Instagram:

Aduhai lawak lah, masuk air betul korang ni! :’D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *