Diseret kereta selamatkan isteri hamil, pengorbanan suami ini menyayat hati ramai

Baru-baru ini, perkongsian seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata yang dikenali sebagai Najwa Karim di aplikasi TikTok telah membuatkan ramai netizen berasa sebak atas nasib yang menimpa dirinya dan keluarga.

Biarpun ditakdirkan membesarkan anak sendirian tanpa kehadiran suami di sisi, wanita itu tetap tabah menggalas tanggungjawab menjadi ibu dan bapa kepada anak-anaknya.

Terlibat dalam kemalangan ketika hamil 8 bulan

Detik hitam dalam hidupnya bermula ketika Najwa yang sedang hamil 8 bulan terlibat dalam sebuah kemalangan sewaktu menaiki motosikal bersama arwah suami.

Menurutnya, arwah suaminya telah diseret kereta apabila cuba menyelamatkan dirinya serta anak yang dikandungnya.

Berikutan itu, suaminya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Najwa terpaksa melahirkan anak ketiganya secara pembedahan tanpa suami di sisi.

Kisahnya itu telah diceritakan menerusi sebuah video yang dikongsi di aplikasi TikTok.

Sempat jaga suami di ICU sebelum ditakdirkan pergi selamanya

“Semua orang akan ada kisah hitam yg menyelubungi hidup kita. Jodoh kami tak menyebelahi di dunia. InsyaAllah  di syurga dia menanti.
“Yusuff dalam kandungan 8 bulan, mama dengan ayah terlibat dalam kemalangan. Mama terselamat kerana ayah, tapi sebab ayah selamatkan kita ayah diseret kereta,” luahnya.

Biarpun ketika itu badannya masih lemah selepas melahirkan anak mereka, wanita itu menguatkan diri demi menunaikan janji untuk menjaga arwah suaminya yang ketika itu hanya terlantar di atas katil.

Namun begitu, Tuhan lebih menyayangi suaminya apabila dia telah dijemput pergi menghadap ilahi.

Mengulas lebih lanjut tentang arwah suami, wanita itu mendedahkan sebelum kejadian buruk tersebut suaminya menunjukkan petanda terakhir seolah memberi bayangan akan terlibat dalam kemalangan.

Tunjuk petanda-petanda terakhir

“Abiy jadi tak keruan. Semalaman dia tak tidur. Macam ada sesuatu yang mengganggu fikiran dia.
“Abiy taknak makan, tapi saya paksa abiy makan bersama. Kita makan berdua dan kongsi air dalam cawan yang sama. Abiy hantar saya naik motor tapi abiy nampak stres sangat masa tu.
“Sampai di bukit abiy pesan jangan turun kaki awak walapun apa yang terjadi. Tiba-tiba satu van sekolah dari arah bertentangan meluru laju dan bergesel dengan side mirror abiy,” ulasnya.

Perkongsian berkenaan menjadi tular dan ramai netizen memberi reaksi sedih mengetahui kisah wanita tersebut. Dalam pada itu, mereka juga mendoakan agar arwah suaminya ditempatkan di kalangan orang beriman.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman

Suami puan adalah hero

Pengorbanan seorang suami & ayah

Semoga sentiasa kuat menjalani kehidupan

Sumber: TikTok Najwa Karim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *