Risaukan Isteri Hendak Bersalin, Suami Bernazar ‘Sponsor’ 100 Ibu Hamil Miskin

Bagi ibu-ibu yang sedang menanti detik untuk bersalin, momen tersebut antara waktu-waktu yang sangat mendebarkan. Mana tidaknya, ketika itu nyawa seorang ibu menjadi taruhan demi melahirkan seorang zuriat ke dunia.

Pastinya dalam rasa keterujaan menanti kehadiran cahaya mata, para suami turut berasa bimbang dengan keselamatan isteri yang dilihat menahan sakit hendak bersalin.

Hal ini samalah seperti muat naik seorang pengguna TikTok dari Indonesia yang berkongsi momen melihat suami kepada rakannya yang setia menanti disisi isteri ketika saat-saat genting tersebut di hospital.

Suami tak henti2 usap perut isteri

Menurut pengguna yang memakai nama akaun @yusifadila, dia melihat suami rakannya tidak henti-henti mengusap perut wanita tersebut bagi mengurangkan rasa sakit menanti kelahiran anak.

Bernazar nak tanggung biaya melahirkan 100 ibu hamil

Paling menyentuh hati adalah nazar yang diucapkan lelaki itu apabila berniat mahu membiayai 100 orang ibu hamil dari golongan kurang berkemampuan untuk bersalin di hospital.

Salute dengan keharmonian rumah tangga

Sehubungan dengan itu, ramai yang meninggalkan komen dengan berasa terharu apabila alam perkahwinan pasangan influencer Indonesia berkenaan begitu harmoni lebih-lebih lagi dengan kebaikkan yang dilakukan.

Mereka juga sempat mendoakan agar urusan melahirkan dipermudah dan anak yang bakal lahir mewarisi sikap ibu bapa yang pemurah.

Orang kaya, penampilan sederhana

Orang yang baik akan dilindungi Allah

Semoga anak dan isteri dalam keadaan sihat

Sumber: TikTok @yusifadila

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *