[Video] ‘Check’ Dulu Sebelvm Pakai Helmet, Rasa Geli Kat Telinga Rupanya Ada Lipan Tengah ‘Rehat’

Dalam dunia ni mesti paling kurang pun ada satu jenis serangga yang kita takut. Tambah-tambah pula serangga yang berbisa. Dengar pun dah anti, apatah lagi nampak depan mata.

Bayangkan serangga yang korang takut tu ‘berkampung’ dalam barang yang korang pakai hari-hari macam kasut, topi atau helmet. Kalau tak tengok betul-betul dan main sarung je, memang tak perasan ada ‘penghuni’ kat dalam tu.

Benda yang sama terjadi kepada lelaki yang digelar Wak Sarep ini. Melalui video yang diunggah di TikToknya, @waksarepysokan, lelaki ini bercerita peristiwa serangga berbisa yang tanpa sedar menghuni helmetnya.

Video :

@waksarepysokanHati2 korang.. Sebelum sarung helmet, check dulu.. Tgh ride, dok geli2 kt telinga pulak.. 😵😵 ##safety1st ##fypシ ##foryourpageviral ##foryourpagetiktok♬ bunyi asal – WakSarepYSokan

Wak Sarep ketika dihubungi berkata, dia telah menunggang motosikal selama kira-kira 40 minit sebelum berhenti memeriksa helmetnya yang rasa sesuatu.

“Masa ride rasa, tapi ingat geli sebab rambut. Berhenti dan check, sekali pandang tak nampak. Rupa-rupanya dia menyorok celah-celah padding helmet. Selak betul-betul baru nampak,” kata Wak Sarep.

Dia juga bersyukur kerana masih dilindungi dan berharap agar para rider di luar sana mengambil langkah berjaga-jaga takut jadi benda yang sama. Jangan lupa periksa dulu helmet korang sebelum pakai.

Sumber: TikTok @waksarepysokan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *