Demi Nasab, Ayah Nikahi Anak Gadis Sendiri Lepas Terlanjur & Mengandung Gara-Gara Suka Sama Suka

Mahkamah syariah menyimpan 1,001 kisah masyarakat yang berkisarkan isu-isu keruntuhan institusi kekeluargaan. Antara kes yang kerap difailkan adalah penceraian, nasab keluarga dan lain-lain.

Baru-baru ini, peguam syariah, Nur Fatihah Azzahra berkongsi satu kes melibatkan nasab keluarga yang bercelaru. Percayakah anda, si bapa dalam kes ini sanggup menikahi anak gadisnya sendiri gara-gara pernah lakukan hubungan terlarang?

Mari ikuti perkongsian penuh kes tersebut di bawah ini.

“Suka sama suka”

Bapa kandung terlanjur hingga mengandungkan anak perempuan. Kes suka sama suka, dari JPN kepada peguam.

(Bapa dan ibu berusia 40an, anak perempuan berusia 20an).

Ibu kandung kata takpa, kahwinlah dengan ayah nanti bayi dalam kandungan dapat nasab bapa, kalau tidak susahlah. Maka ibu dan ayah pun bercerai sebagai ‘pengorbanan’ untuk anak perempuan ni tadi.

Kemudian, bapa nikahi pula anak perempuan tersebut menggunakan khidmat sindiket perkahwinan, dijalankan oleh warganegara asing di Malaysia.

Apabila bayi lahir, urusan pendaftaran kelahiran hendak diuruskan namun tidak diluluskan bin/binti oleh pihak JPN. Mereka dimaklumkan kena rujuk Mahkamah Syariah, tentukan semula nasab anak.

Soalan ‘menyedihkan’, “Kenapa pula anak saya (bayi) tidak boleh daftar kelahiran guna nama suami (ayah kandung) kan kami dah kahwin?”

Dunia makin membimbangkan.

Sepatutnya pandangan kita kepada darah daging sendiri bukanlah pandangan bernafsu. Nak sentuh pun takut bahkan sewajibnya kita lindungi dan nasihati.

Bayangkan, pengetahuan agama paling ‘basic’ iaitu pengharaman menikahi bapa, ibu atau anak kandung sendiri gagal dikuasai segelintir masyarakat kita pada hari ini.

Sudah jadi begini kita hendak salahkan siapa? Salahkan ayah kandung kerana gagal bimbing keluarga ataupun ibu kandung kerana tidak mendidik anak-anak? Bukankah perkahwinan ini tanggungjawab bersama?

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا

Bermaksud: Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan. ( Surah Al Kahfi: 46)

Kami berpandangan, wujud kes sebegini kerana fahaman pernikahan boleh memberikan nasab kepada anak tersebut. Fahaman ini perlu segera diubah. Wallahu’alam.

Sumbang mahram.
Masyarakat kita makin tenat. Malaysia 2021.

Peguam Syarie : Wali Azri & Associates

Sumber: Nur Fatihah Azzahra / Peguam Syarie: Wali Azri & Associates

Kredit : Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *