Terkesan ‘Lockdown’, Lelaki Terpaksa Iklan Jual Buah Pinggang & Darah Sendiri

Ketika ini, beberapa negara di Asia Tenggara dilihat berada dalam keadaan yang ‘menakutkan’ apabila pandemik Covid-19 kembali menggila.

Lantaran itu, beberapa negara seperti Malaysia dan Indonesia kembali melakukan ‘lockdown’ di kawasan-kawasan tertentu bagi mengelakan penularan jangkitan terus berlaku.

Usaha untuk teruskan hidup

Namun, disebalik kekangan tersebut, semestinya rakyat dari golongan biasa semakin menderita apabila perlu berkurung dirumah dan tidak dapat keluar bekerja sehingga kehabisan tabungan untuk meneruskan hidup.

Pelbagai inisiatif dilakukan sehingga sanggup menggadai nyawa sendiri demi keluarga. Hal ini dikongsikan oleh satu laman Twitter menggunakan nama @panji_pnjk apabila berkongsi gambar sepanduk seorang lelaki yang mengiklankan buah pinggang dan darahnya untuk dijual.

Mengakui terkesan dengan lockdown

Lelaki yang menggunakan nama Pak Yitno itu berharap agar sesiapa yang memerlukan boleh menghubunginya. Jadi, salah satu warganet telah menghubunginya untuk mengetahui hal sebenar.

Dibantu pihak berkuasa tempatan

Pengakuan dari Pak Yitno itu begitu menyebakkan dan telah tular sehingga sampai ke pengetahuan Ketua Polis Kulon Prog, Kota Jogja, Asisten Komisioner Tartono yang mengesahkan perkara itu.

Jadi, pihak berkuasa tempatan telah hadir bertemu sendiri Pak Yitno bagi memberikan sumbangan untuk meringankan beban yang ditanggung sepanjang ‘total lockdown’ di Jogjakarta.

Menurut daripada laporan Suara.com, Tartono memaklumkan bahawa pihaknya sudah menjejaki Yitno dan menyumbangkan sedikit bantuan bagi meringankan beban lelaki itu serta keluarganya.

“Yitno adalah bekas banduan yang sukar mendapat pekerjaan maka disebabkan itu, dia terdesak mahu menjual organ badan.
“Pihak kami telah memberi sedikit sumbangan meskipun dia bekas penjenayah. Apa yang penting, dasar keperimanusiaan antara kita semasa pandemik ini,” ujar Tartono.

Sumber: Suara. Com, Twitter @ResKulonprogo @panjipanjk@val_harwanto

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *