(Video) Beramput Panjang & Bergigi Taring, ‘Puntianak’ Datang PPV Ambil Vaksin Gemparkan Orang Ramai

Dengan 553,871 dos suntikan telah diberikan kepada rakyat setakat semalam, kadar vaksinasi COVID-19 di Malaysia kini semakin meningkat dan mendahului negara-negara lain.

Bagi yang masih menunggu untuk mendapatkan suntikan, bersabarlah kerana giliran korang pasti akan tiba juga nanti.

Bercakap mengenai vaksin ini, pelbagai gelagat yang dapat dilihat semasa di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara. Selain momen ‘mendebarkan’ bagi individu yang takut jarum, ada sesetengah PPV yang ‘kecoh’ dengan kehadiran watak superhero popular.

Kehadiran mereka di PPV untuk mendapatkan suntikan vaksin sedikit sebanyak telah menghiburkan orang-orang yang berada di sana.

Namun, bukan sahaja superhero, nampaknya ‘hantu’ juga tidak segan silu untuk hadir ke PPV bagi mendapatkan suntikan vaksin.

Menerusi perkongsian Martin Bee di Facebook, ‘hantu’ tersebut dilihat datang dalam keadaan yang sangat ceria dan bersemangat. Dia juga nampak seperti tidak sabar untuk disuntik.

Dengan gigi ‘menyeramkan’ yang ditampal pada pelitup muka, kehadiran ‘hantu’ itu membuatkan para petugas terhibur sehingga dia mendapat tepukan dari mereka.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan identiti ‘hantu’ tersebut.

Sehingga kini, kiriman itu telah mendapat sebanyak 3.6 ribu perkongsian dengan komen-komen netizen yang terhibur melihat telatah ‘hantu’ itu.

Sumber: Martin Bee

Kredit : Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *