‘Jelas, Stabil Dan Tidak Masuk Campur’- Netizen Puji Skill Jurugambar Ini Rakam Video Pergaduhan

Setiap kali ada video yang tular di media sosial, kualiti rakaman video tersebut pasti mengecewakan dan tidak jelas. Mungkin ia disebabkan perakam berasa teruja atau tidak tahu bagaimana mahu merakam dengan stabil ketika berlaku detik-detik yang tidak disangka.

Terbaharu, sebuah video pergaduhan melibatkan beberapa lelaki tular di media sosial. Video itu dikongsikan oleh pengguna Twitter @abrownwitch dan dapat dilihat dengan jelas pergaduhan tersebut.

 

Apa yang menjadi perhatian netizen adalah skill merakam video pengguna Twitter tersebut dimana tidak masuk campur pergaduhan video tidak gegar. Dalam erti kata lain, video diambil dengan baik berbanding video viral lain.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen memuji skill beliau merakam video tersebut kerana jelas menunjukkan siapa yang terlibat dalam pergaduhan. Malah, jika berlaku sesuatu yang menarik, para netizen turut mengatakan bahawa ini cara yang betul untuk merakam disebabkan tiada jeritan, gegar dan hanyalah ‘steady’.

 

 

 

Walau bagaimanapun, kes pergaduhan yang tidak diketahui lokasinya ini menunjukkan kes-kes ini boleh berlaku dimana-mana sahaja. Anda perlulah berhati-hati dan tidak masuk campur jika boleh membahayakan nyawa anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *