Seekor Kelawar Raih Perhatian Warganet, Saiz Sebesar Badan Manusia

Seekor kelawar memiliki saiz sebesar badan manusia telah mendapat perhatian warganet di media sosial dan dilaporkan bahawa kejadian ini berlaku di Filipina.

“Ingat ketika saya memberitahu anda tentang warga Filipina yang memiliki kelawar bersaiz manusia?”

“Ya, inilah yang saya katakan,” tulis pengguna Twitter AlexJoestar622 pada akhir bulan Jun lalu.

Pada mulanya, gambar tersebut diambil beberapa tahun lalu oleh seorang rakyat Filipina yang didakwa menemui haiwan ini di halaman belakang rumahnya. Gambar tersebut juga telah mencetuskan perdebatan di Reddit.

Difahamkan, cara gambar ini diambil telah menjadikan kelawar itu jauh kelihatan lebih besar dari biasa.

Namun sebenarnya, kelawar berkenaan hanya bersaiz seperti seekor anjing kecil dan spesies ini mampu mencapai lebar sayap sebesar 1.7 meter. Bagaimanapun, bentuk badan kelawar itu sebenarnya agak kecil dan hampir 30 sentimeter panjangnya. Memetik laporan daripada portal Dunia Sosial.

Walau bagaimana sekalipun, tiada keraguan bahawa gambar itu sebenarnya asli. Malah, pengguna Reddit turut memuat naik satu lagi gambar dengan sudut yang berbeza, di mana kelihatan kelawar tersebut sedang menguap ketika terjaga dari tidur.

Sejak gambar berkenaan tular, ia telah diperdebatkan di beberapa laman sosial. Ada yang menyatakan bahawa kelawar ini merupakan sejenis Acerdon jubatus, iaitu kelawar yang mempunyai warna emas di kepala.

Tetapi teori itu meragukan dan disangkal secara terang-terangan kerana kelawar itu tidak mempunyai warna emas di bahagian atas kepalanya.

Ada juga turut menyatakan bahawa kelawar itu datang dari sejenis Pteropus vampyrus. Salah satu spesies kelawar yang bersaiz besar dengan telinga yang panjang dan bahagian muka seakan serigala.

Terdapat juga beberapa perdebatan yang menghubungkan kelawar dengan vampire. Namun secara faktanya, kelawar sebenarnya tidak kehausan darah.

Ia hanya kehausan nektar, iaitu cairan manis yang dihasilkan oleh bunga. Difahamkan, kelawar gemar makan buah-buahan dan suka bertenggek di puncak pohon besar.

Untuk pengetahuan, dalam rekod dunia, kelawar dikatakan salah satu punca COVID-19 yang melanda dunia. Namun sebaliknya berlaku di Sulawesi Utara Indonesia apabila kelawar masak lemak dijadikan sebagai sajian bagi masyarakat di sana.

Terdahulu, atas dakwaan menjadi punca tularnya wabak COVID-19 ke seluruh dunia, kerajaan China telah bertindak menutup satu pasar basah di Wuhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *