Demi Konten Di TikTok, Lelaki Ini Tawarkan RM88 Buat Individu Yang Mahu Berlakon Sebagai Monyet

Sejak mulai konten digital menjadi tontonan ramai, dapat dilihat di platform media sosial, YouTube dan TikTok di mana orang ramai sanggup melakukan apa sahaja demi meraih jumlah tontonan yang tinggi.

Terbaharu, kecoh di Indonesia apabila seorang pengguna TikTok, @iben_ma tampil dengan sebuah video dengan menawarkan 300,000 rupiah (~RM87.65) kepada individu terawal yang sanggup berlakon menjadi monyet selama 10 saat.

Bukan itu sahaja, beliau juga sanggup menawarkan 100,000 rupiah (~RM29.22) kepada individu tersebut sekiranya berlakon menjadi haiwan lain. Dalam usaha mendapatkan wang, individu tersebut sanggup berlakon menjadi kambing sekaligus menjadi bahan ketawa lelaki berkenaan.

 

Challenge yang dibuat walau bagaimanapun membuatkan netizen kurang senang melihat lelaki sedemikian sanggup menawarkan wang dan menyuruh untuk berlakon sebagai binatang seolah merendah-rendahkan individu lain. Tidak kurang yang menyuruh beliau membayangkan sekiranya bapanya sendiri yang disuruh berbuat perkara yang sama.

photo6071236629005184185

SUMBER: TIKTOK IBEN_MA

photo6071236629005184186

SUMBER: TIKTOK IBEN_MA

Sementara itu, lelaki yang membuat video berkenaan turut menjawab tohmahan netizen dengan mengatakan apa yang dilakukan beliau hanyalah sekadar challenge dan bukannya memaksa individu berkenaan untuk melakukannya.

photo6071236629005184184

SUMBER: TIKTOK IBEN_MA

Setakat artikel ditulis, video tersebut sudah berjaya meraih 7.4 juta tontonan dan lebih 970,000 likes. Iben juga dilihat turut menghasilkan lebih banyak lagi challenge yang selepas video tersebut dikecam orang ramai.

Kredit : Vocket

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *