Beli Pakaian RM1,500 Tapi Terima Jagung Buruk, Lelaki Luah Kecewa Servis Kurier

PERKHIDMATAN penghantaran bungkusan atau servis kurier meningkat susulan perlaksaaan Perintah Kawalan Pergerakan serta pesta jualan di platform e-dagang.

Namun, akhir-akhir ini banyak luahan dan rungutan berkaitan servis ini daripada warganet.

Terbaru, seorang peniaga pakaian terpakai (bundle) meluahkan rasa kecewa setelah pakaian yang dibeli daripada rakannya didakwa diterima dalam bentuk yang ‘berbeza’.

Menurut perkongsian pengguna Twitter @AidilLatifff, dia kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan sebuah syarikat kurier.

Difahamkan, dia sepatutnya menerima pakaian yang dihantar daripada rakan beliau. Bagaimanapun, pakaian bernilai RM1,500 tersebut tidak diterimanya.

Malah, bungkusan barangan yang dibelinya didakwa diletakkan dalam status ‘hold’ selama seminggu.

Selepas tempoh itu, dia terkejut apabila hanya menerima bungkusan berisi jagung buruk bertarikh 22 Julai 2021. Susulan insiden tersebut, lelaki berkenaan telah memuat naik sebuah video meluahkan situasi yang dihadapinya dan membuat laporan polis.

Difahamkan perkara ini turut terjadi kepada ramai lagi pengguna lain. Warga maya yang berkongsi turut mengalami situasi yang sama.

– “Same!!  Isnin saya beli barang dari ******. Shipping menggunakan *****, barang sampai ada kesan koyak pada parcel dan ada barang hilang.”

– “Saya hantar dokumen dua minggu lepas, sampai kat receiver habis rabak. Ini sudah macam bukan terkoyak, dah lah saya hantar tender. Siapa buat ni memang… aii malas nak cakap lah.”

– “Ya sama dengan parcel saya semalam. Datang sekali dengan parcel orang lain yang telah dibuka. Dah bukak barang pastu kau selit dekat barang aku Ya ALLAH kasihan customer yang tengah tunggu barang dia.”

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan rasmi daripada syarikat kurier berkenaan berhubung isu ini.

Sumber: Twitter @AidilLatiff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *