“Kumaan Dah Menyer4ng 0tak” – Mender1ta Batuk Kering, Pelakon Cilik Izuan Fitri Belum Sedarkan Diri

Pelakon yang popular menerusi filem Butak dan Crossroads: One Two Jaga, Mohd Izuan Fitri dikhabarkan kini sedang terlantar sakit akibat tuberkulosis atau tibi.

Menerusi foto yang tular di Twitter pada Selasa, Izuan, 19, dimaklumkan sedang menjalani rawatan dan pihak keluarga masih berbincang untuk prosedur pembedahan.

Dalam ciapan yang tular daripada akaun @zhafvlog, kuman tibi dalam badan Izuan telah menyerang organ dalaman termasuk p4ru-p4ru dan 0tak.

“Kuman tibi banyak dalam badan si adik, buang air besar berdarah sebab tibi dalam usus, paru-paru sebelah kiri ada tibi buat sarang, kat 0tak ada tib1.

“Tadi dia buat ct scan untuk bagi kat pakar 0tak, sekarang tengah bincang sama ada pembedahan boleh tolong si adik atau tidak.

“Kalau pakar otak kata pembedahan tak boleh tolong, doktor akan teruskan ubat tibi saja sampai adik sedar,” maklum individu berkenaan dikenali sebagai Adik Ainn memetik kata-kata ibu Izuan, Nor Abdul Rani.

Sementara itu, lapor Harian Metro, kata abang kembar Izuan, Izuan Fikri, adiknya telah dikejarkan ke Hospital Selayang pada 31 Julai lalu selepas diserang sawan.

“Setakat ini, adik saya Izuan belum sedarkan diri. Mengikut pemeriksaan doktor memaklumkan penyakit tibi dihidapinya sekitar dua tahun lalu sudah menyerang bahagian otaknya.

“Adik saya memang tak tahu dia ada menghidap penyaakit tibi pun. Sebelum ini, dia memang kurang sihat apabila selalu batuk dan demam, tapi dia tidak mahu ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan. Jadi, kami ingatkan hanya saakit biasa.

“Cuma, pada 31 Julai lalu ketika saya dan kakak pergi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, Izuan hubungi saya memberitahu tangan dan kakinya kebas serta tidak boleh bergerak untuk ke tandas,” katanya.

Izuan pernah muncul dalam filem Butak arahan Sabri Yunus yang turut dibarisi Fimie Don, Khatijah Tan dan Kazar Saisi.

Sepanjang bergelar artis, Izuan pernah meraih trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin 2015 dan Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016.

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *